Saturday, September 4, 2021

My First Dose Covid-19 Vaccine !

Wassap gaisss (skill KhairulAming. Haha) Mentang baru lepas tengok video khairulaming lepas cocok second dose harini. ahahahha. Korang dah dapat vaccine belom? ke dah complete? yang mana dah complete tuuu, TAHNIAHHH ! :) yang mana dah first tuuu, yeayy ! satgi bakal complete. TAHNIAHHH jugak ! :) and yang mana masih menunggu panggilan first dose walau dah lama register, sabar okayy? aku haritu 6 bulan menunggu beb.  haaa satgi aku cite.

YANG MANA TAK DAFTAR SEBAB ANTIVAKSIN TUUUUUUUU. HMMMMMMMM.... tolong jangan menyusahkan orang sekeliling boleh? hampeh aa korang ni. Yang mana 50-50 tu, takpe. Aku faham, korang takut, bukan taknak. Baca and dengarlah video @ sumber yang sahih okay? jangan baca banyakkkk sgt kat facebook tu. serious, banyak antivaksin. serious. Nanti aku cerita pengalaman aku ehh? :)

28 Februari 2021 kami sekeluarga register bersama. (Family kat Ganu ni lah my mom, dad, two sisters, me and my brother. My sis in law tak lagi sebab time tu untuk ibu menyusu takleh lagi.) Konon register bersama nak dapat date sama laa nanti vaccine. Tup2, after raya my parents dah completed dua dose ! :) Alhamdulillah, fasa ke-2 kan, warga emas. Alhamdulillah. (Kalau aku rajin aku buat entry pasal diaorang pulak.)

28 Julai 2021, tengah tidur lena terjaga 3.30am. Got notification from MySejahtera & Mesej. First dose appointment !! yuhuuu. Time tu excited, nervous, bersyukur bercampur. Memandangkan aku and my three sisters lagi tak dapat. Abang-abang dah complete (sebab diaorang under company, so mcm cepatlah sikit berbanding kami bertiga yang only bergantung dengan mysejahtera) My sisters in law pun takdapat lagi sebab register lambat kan. Menyusu etc.  Last2 pagi tu, kami bertiga dapat SAME DATE, SAME PLACE! :) 5 Ogos 2021, Pusat Sains dan Kretiviti, Terengganu. Alhamdulillah.

Maka bermulalah kembali "penyiasatan" aku. Well, aku kan jenis overthinking melampau-lampau. So habis aku search @ baca @ dengar pasal effect vaccine orang dah cocok. Twitter, facebook, tiktok, google. Semua. serious tengok history aku ni. Bukti ! hahahaha. punyelah aku ni nervous. Btw, thanks some tweets like Ustaz Addien sebab buat thread untuk orang share diaorang punya effect vaccine. Banyak aku baca scroll kat situ. Twitter lah sebenarnya banyak membantu aku. :)


Hasil search aku di Twitter.
Just Click Here kalau nak pi baca semua replies kat Tweet Ad-Dien tu :)

Percaya pada aku. aku benci baca kat facebook. serious, bila aku baca comment2 kat facebook memang kebanyakkannya antivaksin, comment negetif. Baca kat twitter, fuhh lega. Semua comment effect diaorang melegakan. Kat tiktok and facebook aku lebih dengar and tengok video-video by Dr.Samhan, Celoteh Dr.Malar, Dr. Suhazelli Abdullah. Tiktok aku follow salah seorang MA kot. selalu interact dengan dia dari segi comments, video semua. sangat-sangat membantu nak tenangkan hati aku. Dia siap reply satu soalan dalam bentuk video lagi yang aku tanya. haha. Pastu aku siap tanya lagi kengkawan aku yg dah vaccine a week before aku like Shak, Ummu, Faz, Zatul & Cat. Alhamdulillah semua same je macam aku. Thanks semuaa ! :) Aku share kat bawah ni semua ya, sekali link :)


Just Click Here kalau nak pi  Facebook  Dr.Suhazeli Abdullah tu :)
Just Click Here kalau nak pi  Facebook  Celoteh Dr. Malar tu :)


Just Click Here kalau nak pi  Tiktok  Dr.Samhan tu :)
Just Click Here kalau nak pi  Tiktok  M.A Azrulinthehouse tu :)

5 Ogos 2021 Khamis (10 pagi) : Pusat Sains dan Kretiviti Terengganu, Kampung Laut.

Sesampai kat sana dah meriah dah dengan kereta. But still kategori tak ramai orang. Lega. Paranoid jugak nak pi tempat ramai-ramai orang musim sekarang ni. Sampai sana dah ada voluteer dia sambut, scan mysejahtera, check suhu. *happy weh bila one of the volunteer there tegur aku "ehh saya rasa macam awak datangg dah haritu kann?" pastu aku jawab "ha'ah haritu sekali for my parents ni baru turn diri sendiri" Berbungaa terus hati bila ade orang perasan aku. kahkah.

First Station- Registeration. Isi dua borang pengesahan penerimaan vaksin. Lepas tu just bagi IC korang kat staff sana untuk register then isi satu lagi borang yang macam biasa tu. Yang tanya ada pi luar terengganu, ada contact rapat tak tuuu. Borang ape nama dia ehh, penilaian covid ke ape. Hahaha. After that, serah that borang kat kaunter . Masuk dalam bangunan.

Menuju Station 2. Memandangkan kakak2 aku agak lambat pergerakan and aku macam terlampau laju, so aku macam terkedepan awal. Station 2 is untuk sesi briefing and consult by doctors. Satu meja 5 orang (4 penerima + 1 doctor). Memandangkan aku terawal. Aku group lain dengan kakak aku. Sesi consult tu takde ape. Just doctor explain about the vaccine, effect after vaccine, ape perlu buat etc. Pastu if ade sakit apa nak tanya semua boleh lah time ni. Bagitahu ubat apa awak makan.


Suasana ketika consultation with The Doctors.

Time ni kan, walau kakak2 aku start sesi consult tu lagi lambat dari aku, tapi diaorang yang sudah dulu. Siap tunggu aku lama and dalam group aku, aku yang paling last sudah. Sebab aku ada tanya beberapa soalan about kesihatan aku lah. Then aku kena isi satu borang tambahan *borang penilaian  penerimaan vaksin covid dengan Masalah Kesihatan Tertentu*.  ni tak semua orang isi.

Next Station 3, just bagi IC kat staff sana, dia key-in ape entah tak tahu. Kejap je pastu dia suruh pi kat nurse di Station 4 untuk dapatkan card vaccine. Nurse isi nama kita, explain date untuk second dose kita. After tu, ape lagi... Turn untuk cucuk. My kakak first, aku second then my kakak sorang lagi yang ketiga. Beza 1 minit sorang je. :)

Part lawak time cocok. Aku duduk then the nurse prepare la apa patut. Aku tanya dia "nanti tunjuk tak jarum?" then dia cakap "takpe, jangan risau, kita akan tunjuk sebelum dan selepas cocok.". Takut jadi kes mcm kecoh-kecoh tu je. HAHAHA gigih aku tanya. Then time dia nak cocok tu, aku tengok ke belah kanan aku (dia cocok belah kiri) sebab dia macam dekattt sgt dengan aku. Macam segan nak tengok kan. Pastu dia macam "ehh awak tengok lah saya." pastu aku pulak macam tengah blurr campur nervous kan, aku pi dongak kepala aku and tengok kat tepat muka dia. Dia pulak gelak-gelak sambil cakap "ehh, jangan tengok muka saya. Segan saya, ni tengok jarum kat cocok ni." HAHAHAHA wehhhhh apoo aku weh ! maluuu der. Pastu aku gelak-gelak sambil tengok dia cocok. Sambil cocok dia cakap "Haa ni pfizer ye, 0.3ml kita cocok yaa. Haaa, masuk? habis kan? nampakk? siappp." Haa, tu dialog dia untuk pastikan betul-betul yakin. Then aku be like "ehh dah? kejap nye. haha"

After sudah, kena pi station 5 untuk sesi pemerhatian. Kena tunggu 15 minit. But aku punya kena tunggu setengah jam. Sebab aku ada alergik kulit (sbb dah consult ngan doktor takdi). Kakak-kakak aku just 15 minit but diaorang tunggu sekali dengan aku sampai setengah jam. Sambil tunggu sambil bergambar - semestinya ! hahaha. Tepat 11 am kami bergerak keluar and balik ! :) Alhamdulillah sepanjang tempoh setengah jam tu, aku and kakak-kakak takde ape. So boleh balik lah :)


My Sisters and me after completing our first dose.


AFTER VACCINE FIRST DOSE.

Aku tak sempat balik rumah lagi dah, tangan dah rasa beraaat, lenguh. Hahaha while my two sisters tak lagi. Sampai rumah baru kakak ke-2 aku pulak start lenguh tangan. Petang tu memang melepek lah tangan lenguh. HAHAA. Start malam tu, kakak aku yg first tu dah start rasa nak demam, and sakit kepala but still tahan tak makan panadol.. haha while aku sakit tangan lenguh takleh angkat sampai tidur dikelilingi bantal-bantal. hahaha. pun tak telan panadol lagi.  (malam tu tidur sekali dengan akak akuu. Konon ready-to-demam hahaha)

Pagi kedua  Jumaat.

Kakak aku yang pertama tu dah memang start demam and pening kepala tahap suhu 38.3. Telan panadol. Tidur sepanjang hari. Kakak aku yang kedua tu pun dah start panas-panas badan. Tak makan panadol lagi, just tahan. suhu dalam 38.0 tapi dia steady je. Tapi dua dua dah tak sakit mana tangan. Aku pulak sakit lengan yang amat lagi. Konon nak baca buku, last-last buku pun takleh angkat sebab tak gayee pegang satu tangan je. hahaha. Pastu terbongkang tidur. (Aku tak demam. Just panas badan and sakit kepala tahapp sikitttt je. mcm sebab cuaca panas camtu je.)

Malam tu, Kakak aku yang pertama tu dah steady dah. Hilang sakit kepala panas semua. Kakak aku yang kedua start makan panadol sebab badan dia dah 38.3. Aku pulak tidur dengan tangan masih lagi lenguh tapi makin berkurang, suhu 37+ je. tapi okay je. Haha. Ape orang cakap, dedar je? eh ke salah. haha

Pagi ketiga. -Sabtu

Alhamdulillah, tiga-tiga dah okayy. tak panas dah. Suhu semua kembali normal. Kepala tak sakit dah. Tangan aku dah tak sakit ! yeayyy. Dah boleh pusing 360darjah (okay,melampau!). Alhamdulillah. Parents kami comel weh. especially tiap pagi "adikkk, apa khabar?" "adikk demam lagi?". Malam nak tidur pulak, mai rasa sorang sorang dahi badan panas ke tak lagi. HAHAHA COMEL ! 

So korang yang mana dah first dose, second dose nak share effect or pengalaman ke, boleh lah comment kat bawah. Mana tahu membantu orang-orang yang macam aku. Gigih bacaa setiap comments, replies pasal effect vaccine and dapat bantu yakinkan hati diaorang :)

Kepada yang masih takut akan kesan vaccine. Just go. Insyallah, doa kita, ikhtiar elak dari wabak. Penuhi kewajipan kita. Benda ni sebenarnya sama je dengan vaccine-vaccine lain. I mean side effect dia. Dulu aku zaman sekolah time tu kena jugak cucuk vaccine HPV. Ingat lagi, geng2 perempuan semua pakat lenguh tangannn and demam. Siap kena perli di geng2 laki lagi. hahaha.

Toksah lah duk ikut sangat ke antivaksin tuu, ni peluang diaorang nak kutuk vaccine, diaorg ambil laa peluang, dah benda baru. Selama ni ada je puak2 ni, tapi takleh nak bangkit isu. Tu selama ni tak timbul isu side-effect vaccine ni.

Nak pergi mekkah pun diaorang tolak vaksin yang nak pi sana kena cucuk tu, siap guna cara yang katanya 'BETUL'. HAHA.

Nanti aku share second dose punya pulak okay? ;)

Sekian.


Ditaip pada 7 Ogos 2021,
8.55 pm,
Dipost pada 4 September 2021,
7.36 pm,
Baiti Jannati,
Terengganu.

Saturday, May 22, 2021

Jaga Perasaan Mereka

Sekarang, setelah dekat setahun lebih bumi kita, Malaysia duk alami wabak covid-19 ni. Kadang stress jugak terfikir, "bilaa lah semua ni nak berakhir?" Ramai terjejas sebenarnya. Tapi fikirkan balik, Allah sebaik-baik perancang. Kita hadap dengan ujian Allah ni dengan sabar. 

Okay, isu yang aku nak luahkan sekarang ni adalah berkenaan...... "merekod video semasa pesakit covid-19 diangkut oleh ambulans or pihak KKM."

Korang bayangkan ehh (nauzubillah, mintak jauh.). Family korang yang positif covid and  ambulans @ KKM datang nak angkut korang and family korang lah and suddenly time korang kat hospital or tempat kuarantin, ada orang viral, rekodkan video hang kena angkut tu. Apa perasaan korang?

photo : google

Korang dahlah tengah risau kat mak,ayah,anak,isteri,suami,kakak,abang hang yang positif jugak tu. Macamana tahap kesihatan diaorang, lama mana akan ada kat hospital etc. Pastu, tup tup korang tengok video korang kena angkut viral. Baca comment-comment Masyallah ! yang mendoakan tu, Alhamdulillah. Tapi kadang keyboard worriors and netizens ni lain maciammmmm sikit. Ada cakap "alaa drama la, covid tak wujud lah ", padahal ayah mak kita tengah termengah-mengah mencari oksigen. Ada yang cakap "Padam muka, tulah, orang suruh berkurung..kesana kesini lah tu..kan mendapat.." Ehh hello, banyak je yg aku tahu, diaorang berkuruuuung je kat rumah, ikut sop, tapi kena. Kenapa? sebab orang sekeliling jugak. Dia jaga SOP bagai nak rak, hang datanggg kat dia dengan tak pakai mask nye, dengan perli2 duk sibukkk jaga SOP nye, datang menziarah dengan alasan "ikut apee SOP sangat, yahudiiii blake tuu..." Tuptup bila orang kena, ehhhhh pandai pulak mengata, menviral-viral." - Haaa, nasiblah aku membebel. Geram sebenarnya.

Terutamanya for orang yang jenis overthinking or warga emas (selalu terlampau berfikir). Cuba bayangkan, diaorang dahlah tengah fight dengan covid ( sesak nafas, batuk, etc) mana fikir keadaan family dioarang lagi, anak2 cucu suami isteri, pastu fikir boleh survive tak dgn covid, tengok persekitaran kat hospital lagi, pastu nak tambah dengan pikir perception orang sekeliling rumah dia, jiran-jiran dia lagi. Penyakit covid kot, orang tahu orang taknak dekat ngan kita lagi. Pastu, bygkan dioarang nampakk pulakk video dorang kena angkut yg korang rekod tu viral ! lagi menambah down stress overthinking mereka. adoi.

Ada yang aku kenal, yang hospitalized sbb covid lah, dia sendiri selalu tanya and luahkan perasaan dia dengan cakap "hmm..mesti orang taknak datang, taknak dekat dah ngan kita kan?" pastu asyik duk termenung memikirkan, sampai menjejaskan tidur, rehat dia yang sepatutnya simpan untuk fight covid. Haaa, kau rasa? Doktor pun risau. Aku pernah menjawab kat seorang ni, dia duk pikir macam aku cakap tu lah. "Biar orang nak cakap ape, mereka tak rasa apa yang kita lalui, biar orang nak jauhkan dari kita pun, bukan mereka bagi nikmat sihat kepada kita." Pastu aku dengar nada si dia balas "hmm yela.." sambil muka still pamerkan keluh kesah. Aku sedih tengok tau dak. 


sumber : google

Tak cakap salah pun korang nak up kan pasal kesedaran "covid di sekitar anda" tuu. Tapi for me, enough with words, takperlu post video, gambar yg menampakkan pesakit tersebut. Kalau nak tulis pun, takyah la mentioned nama diaorang ke ape. Just post secara umum, general tak boleh ke? Faham sikit perasaan pesakit, keluarga tu. Pastu, jangan SIBUK NAK POST, VIRALKAN AJE, make sure DOA PUN MOHON SELAJUU KORANG VIRALKAN jugak. Doa moga orang tu cepat sembuh, area rumah korang dijauhkan dari merebak secara banyak banyak. 

STOP SPREADING that ! nak spread kan mcm step kalau family korang positive covid ke, kesedaran tentang bahayanya covid ka apa ka, aku dak kisah sangat. Ni, ambooooi video rakam family orang kena angkut, sambil membebel bebel. aihhh, ang dak lalui, ang dak merasaaa. FAHAMM DAKK??

Tak mampu support mereka, tak mampu doakan mereka, diam. Jangan 'lajuu' kan jari jemari anda yang cantik runcing manis tu. Jangan gerakkan mulut-mulut korang yang dihiasi tebu-tebu tu. Diam adalah lebih baik.

Kalau family pesakit tu sendiri yang post tu, dakpee jugak. Means, family dia okay kalau tersebar or whatsoever. Ni orang luar. Konon precaution. erkk. 

ps/ ni pandangan aku la.

Sekian bebelan aku kalini,

MohoN MAAF salah silap, Selamat Hari Raya.



22 Mei 2021,
7.40 p.m,
Baiti Jannati,
Terengganu

Saturday, January 30, 2021

Temuduga Pustakawan (S41) : Second

Here again, I'm back with same topics ! haha. Sharing session about my Interview. But kalini, aku nak share sambungan dari PRA-TEMUDUGA haritu. Kira haritu aku pernah post, tapi tu sesi pertama. Dia panggil PRA TEMUDUGA. Kalini aku nak sambung share pengalaman tu memandangkan aku berjaya ke next step. Kira last step for this temuduga.

Kepada yang tak pernah baca lagi my first entry about this, can click here 

Untuk pengetahuan, Yang masa first haritu, Pra Temuduga. Semua calon 20 orang. Yang hadir 14. Untuk second IV ini, dari 14 calon yang baru ni, hanya 8 yang berjaya and Alhamdulillah, one of them was me ! :) Happy sangat-sangat. Tak sangka sebenarnya. Tapi still tak menaruh harapan tinggi sebab memang tahu jawatan ni tough and ramai lagi calon yang sangat hebat layak. Aku pergi just untuk ambil pengalaman IV. Sungguh.

INFO TEMU DUGA PUSTAKAWAN (S41) : SECOND
Tarikh : 28 Jun 2020 (Ahad)
Masa   : 9.30 pagi
Tempat : Bangunan Canselori UMT

Aku.

Macam first Interview haritu (Pra-Temuduga) semua ada 3 peringkat. Korang boleh baca kat link atas aku bagi tu. Tapi untuk second Interview ni, just 1 je. Sesi temudaga face-to-face (macam yang peringkat ke-3 haritu). Berbezanya kali ni, kali ni sesi temuduga sorang-sorang. Haritu berlima untuk 5 panel. Ni berseorangan with 5 panel. Panel lak, ada yang sama macam haritu, ada yang lain. Kalini wakil dari PSNZ (Deputy Chief Librarian) dia yang datang. Aku kenal laah of course! haha

So, dalam 9.10 pagi aku masuk lah, sebab macam takde orang sunyi. Maklumlah musim student takde. Rupenyee dah ramai yang ada. Aku maybe orang ke 6 or ke 5 yang sampai ! hahaa. Punye dari pukul 9 aku tunggu. hahahaha. Rupenye dah ramai menanti, ingatkan still takdak orang. 

Jadi, tunggu turn lah. Sementara tu ada taklimat sikit. Sebenarnya aku cuakkk kot IV kalini. Sebab tak pernah lagi attend second iv. Biasanya sekali je. Kalau swasta, sekali terus dapat. Kalau yg kerajaan, sekali IV pastu krik krik. I mean, takde lagi yang pernah aku pergi yang ada second IV. Kebanyakkannya satu peringkat je. So, after dpt tahu aku akan ke iv kedua tu, aku dah tak tau nak study ape. Aku study benda sama je dengan masa aku prepare first IV dulu. Tapi dalam masa sama aku cuakk ahh fikir "haritu dah tanya, nak tanyaa apee lah lagi.." hahaha.

So, turn aku akhir-akhir. nyempat laaa yang sudah awal-awal tu share ape yang ditanya. Kali ni members semua dah kenal (maklumlah, mase first iv dulu dah jadi rapat. ahaha) ade 1 je lelaki and yang 7 perempuan. Keadaan tenang walau nervous sebab kebanyakkan yang dah sudah, mereka cakap panel just tanya berkenaan diri kita. I mean kalau yang dah kerja, pasal kerja dia. Yang masih mencari, dia tanya about study dulu, pengalaman kerja. Simple je. So, macam kami yang belum ni lega lah sikit. Kami sebenarnye cuak kalau dia tanya pasal teknikal. Macam Cataloguing ke, system ke. hahahaha. Major soalan seram.

Tiba turn aku, nama dipanggil. File diberi. Duduk. Aku sorang, menghadap 5 panel. Masa ni nervous yang amat. Tapi aku, time iv, time awal je nervous. Dan mula ayattt, cakapp, hilang lah nerves. HAHAHA. *tipu*

Soalan Pertama, macam biasa. Perkenalan diri.

Soalan Kedua, Ketiga, Keempat semua berkenaan study aku.

Soalan Kedua :

- Awak ni, result bagus. Grad First Degree. Kenapa tak sambung master? UMT pun ada buat, grad first degree, leh sambung PHD terus.

Aku jawab lah, nak sambung master camne, duit takdak. Nak kerja dulu, cari duit. Baru boleh sambung. Minat tu ada. Lain macam degree dulu, mudah. Leh pinjam PTPTN, tu pun alhamdulillah jadi biasiswa. Kalau master, macam tough sikit, takut tak jamin dapat jadikan PTPTN tu as biasiswa jugak & ada ke? haha. 

Soalan Ketiga :

- Awak tak pernah apply kerja library ke? Swasta ke? Luar & dalam Terengganu?

Aku jawab, apply tu best, banyak. Dapat panggilannya adalah satuduatiga. Perginya adalah jugak, tapi belum rezeki lagi. Mungkin rezeki saya tertulis kat sini, tu sebab saya dipanggil kesini harini. Haa, nampak dakk ayat konfiden aku. Mujur panel macam santai je, cakap pun happy happy gelak-gelak. tu sebab aku berani cakap macam tu hhahahahaha.

Soalan Keempat :

- Kawan-kawan degree awak semua dah kerja ke? kerja apa? ada yang kerja bidang library?

Yang classmates, adalah sorang dua. Swasta. yang lain kerja jugak dah, tapi bukan dalam bidang ni lah. Macam-macam lah. Grab je peluang yang ada sementara cari yang kekal. Macam saya lah. Peluang IV banyak dah, tapi rezeki belum ada. Lagi satu, sebab saya tunggu kerja kat Terengganu je, tu sebab susah. Terengganu susah sikit. Nak-nak bidang kita ni.

Fuhh, mujur panel agree time ni ngan aku. Dia cakap "kalau dapat yg luar, baik awak pergi. Jangan harap sangat yg kat terengganu ni, mmg susah sikit. Kalau ada, mmg betul betul sikit je."

Pastu para panel dia macam lebih dorongkan aku untuk sambung ambik master or PHD. Diaorang siap cakap "sayang awak ni, result gempak dah. Tak sambung. Rugi, tak ramaii tau orang yg first degree sambung. Kalau awak sambung, peluang awak cerah." Pastu diaorang siap cakap lagi kalau aku nak sambung phd kt UMT mcm dia cakap awal tadi tu, boleh contact ngan diaorang. Aku be like "erkkkkk, bukan taknak...tapi...." *dalam hati jelah* ahhaha

Itu jelah sesi IV aku. Ketika aku melangkah keluar, dalam hati aku mmg dah cakap "Memang aku tak lepas. sebab mmg terang-terang diaorang suggest and arahkan aku untuk sambung belajar." Tapi aku tak kecewa and berharap pun sebenarnya. Sebab aku tahu, yg 7 orang tu lagi power dari aku. Dari segi percakapan, idea, dari segi pengalaman. Sebab diaorang yg 7 tu semua sekarang ni dah kerja di library dah. Tapi, nak balik ganu. Ada pulak yg jawatan kontrak so nk kekal. Aku je macam yg xde pengalaman kerja dalam library lagi. Kat situ aku dah nampak dah. haha, tapi saje, pi ambil pengalaman temuduga. Tak salah kan ? :) be positive. Take all the chances.

Korang yg ada pengalaman pi interview ke-2 boleh share takk mana-mana pengalaman korang? Aku cuak. Untung-untung, nanti aku boleh buat post share pengalaman korang. Boleh email kat email aku :- tintaseoranginsankerdil@gmail.com

31 Januari 2021,
1.53pm,
Baiti Jannati,
Terengganu.

Wednesday, January 27, 2021

Temuduga Penolong Pustakawan & Pembantu Pustakawan (S29 & S19)

 16 DISEMBER 2020 (RABU)

Alhamdulillah, setelah lama jari jemari tidak menari diatas papan kekunci untuk mecalit sedikit kisah yang ingin dikongsi, harini usahakan diri untuk menulis. Maaf andai ada yang ternanti, lega andai diri ini dapat membantu sedikit sebanyak pembaca yang ingin mengetahui point-point yang bakal dikongsi. Moga bermanfaat. Insyallah.

Alhamdulillah, setelah kali ke-2 memohon jawatan yang bersesuaian dengan degree ku di organisasi yang sama, aku BERJAYA dipanggil untuk sesi TEMU DUGA bagi 2 JAWATAN. Alhamdulillah, gembira bukan kepalang. Organisasi yang selalu aku kunjungi waktu zaman kecil, zaman sekolah, waima sudah habis degree, memanggil aku untuk temuduga. Tempat harapan dan impian aku. Alhamdulillah, berjaya atau tidak, itu kisah lain (walaupun sangat sangat berharap.) - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu (PPAT)


Sumber : Google

16 DISEMBER 2020 (RABU) - 10.30am

Aku datang awal, takdelah awal mana. 10am. Waktu biasa  temuduga dinyatakan "datang awal at least setengah jam awal." So bila tiba di sana, aku mencari Pusat Bahasa. Aku tak susah mencari, kerana sudah terbiasa. Dari sekolah rendah sehingga zaman kerja, aku selalu datang sini untuk pinjam buku. Setibanya aku kat sana, ramai dah yang memenuhi. Aku cuak. Dalam hati cakap "ehh, lewat sangatt ke aku?". Aku duduk dan bertanya, rupanya :-

Sesi temuduga untuk pagi tadi masih tak habis, and baru duatiga yang sesi sama aku yang duk tunggu dah. Aku lega. 10.30am, dipanggil masuk by group. Nama aku, group terakhir, group 5 with 4 members. Semua perempuan. Kami dikehendaki tunggu turn & beberapa taklimat untuk kami. Cara masuk, susunan kedudukan dan beberapa info lagi.


Suasana ketika menunggu

Lama tunggu. Makin lama tunggu, cuak. Dahlah kebanyakkan nya mmg dari background kerja library dah. I mean dari luar terengganu nak pindah ganu, kerja library swasta, pernah ber-praktikal kat PPAT. Lagi akuu cuakkk.

Masing-masing yang dah sudah, kebanyakkannya bagitahu kami, cerita kat kami yang masih menunggu turn, apa soalan, siapa panel, situasi macamana. Aku makin cuak. Serious. Jenis aku, takleh tunggu lama and takleh dengar orang cerita pengalaman dia on the spot like that. Aku jadi overthinking and otak aku akan bercelaru.


Sumber : Google

Around 1 PM group kami dipanggil. Sedikit gabungan ahli group 4 &5 memandangkan dah lambat and untuk sesi petang ada lagi, so tambah satu ahli baru. 

SESI TEMUDUGA.

Ada 5 panel kesemua. Terdiri dari pengurusan PPAT sendiri & juga wakil SUK Terengganu. Aku Dikedudukan no 3. Jawapan tak kisah dari siapa, tak ikut turn. Tapi Alhamdulillah, groupmates kami takdak yang jenis nakk kautt semuaa dia cakap. Semua bagi ruang and peluang and semua dapat cakap. Thanks groupmates ! :)

Antara inti pati dan soalan yang dikemukakan kepada kami -

1.Diminta perkenalkan diri. Masa ni, masing-masing dah mula 'jual diri' 

- Jual disini bermaksud, start cerita pengalaman and apa kelebihan diri masing-masing. Time ni semua cerita lah projek-projek yang pernah mereka jalankan, kerja mereka and relate-kan dengan keadaan perpustakaan.

2. Dalam situasi sekarang (Covid-19) dimana semua tak boleh pergi perpustakaan, macamana nak attract orang ramai untuk masih menggunakan dan tak melupakan perpustakaan.

- Ni, kebanyakkan yang jawab buat pertandingan bercerita bersama ahli keluarga, pastu post secara maya ke perpustakaan, buat kuiz online, buat macam 'explorace' cari bahan guna OPAC perpustakaan etc.

3. Covid 19, semua online. Apa masalah utama kalau buat aktiviti secara maya @ online and how to overcome ?

- Line internet slow, Respon dari Library website lambat, Org awam tak tahu guna website, tak pandai cari buku secara online, tak pandai cari info secara sendiri. So cara overcome, pihak library buat lah video sehari satu video ke, seminggu satu video ke, tunjuk cara cari buku online, buat story pasal library, etc.


4. Macamana pemilihan buku untuk sesuatu perpustakaan dijalankan.

- Memang kebanyakkan jawab - based on author yang diminati ramai, ask lecturer, users. Tapi kat sini aku ingat, panel ada cakap. 

"Kita pernah pilih buku based on author tu famous and ramai remaja suka karya dia, but at the end, bila kita try baca buku dia sebelum pilih untuk dijadikan bahan perpustakaan, kita dapati hasil karya author tu mempunyai terlampau banyak unsur lucah, tak elok. Ni masalah utama bila kita follow the reader's punya pemilihan author."

Aku rasa 4 soalan tu je yang ditanya, tapi sesi perbincangan panjang. Mungkin sebab panel ada yang cuba 'membangkang' jawapan setiap ahli dan nak tengok feedback kami. Mungkin nak tengok, cara kita menjawab bila idea kita dibangkang dan tak diterima.

SELESAI.

menunggu

Antara soalan-soalan dari group lain yang diaorang share.

1. Apa itu integriti and apa situasi dalam perpustakaan yang melibatkan integriti.

2. Antara bahagian dalam perpustakaan yang mana melibatkan intergriti.

3. Apa aktiviti yang sesuai untuk attract orang datang  library (yang working parents).

4. Pasal system pun ada jugak dia tanya. Satu soalan je, tapi aku lupaa ahh pasal apa. adui, sorry.

Itu sajalah sedikit pengalaman aku untuk temu duga dua jawatan ni. Moga sedikit-sebanyak membantu korang semua yang nak pi temuduga untuk jawatan ni. Walau bukan sama, tapi at least korang ada lah sedikit gambaran and preparation kemungkinan soalan kan? Aku before gi temuduga, aku suka baca pengalaman-pengalaman orang yg dh pergi temuduga untuk jawatan yang sama. Dari situ, kita boleh study tau kemungkinan jawapan dan soalan dia :) Tak salah prepare walau tak mungkin soalan sama kan? :)


28 Januari 2021,
1.15pm,
Baiti Jannati,
Terengganu.

Thursday, September 3, 2020

Surat Cinta buat Sahabat-1

sumber : google

 2007

Zaman kegemilangan Yahoo Massenger bagi aku pada tika itu. *tuuut* notification YM aku berbunyi. Ada friend Request by MS (bukan nama sebenar). Aku approve walau tak kenal kerana pada tika itu, aku suka mengenali seorang yang baru, yang tak kenal. Lalu sekali lagi *buzz



sumber : google





* notification YM
aku berbunyi. Ada pesanan dari MS. Aku buka. Aku baca. Salam perkenalan darinya. Bermula pada itu, kami rapat. Katanya dia rakan sekolahku, sebaya, satu batch. Tapi aku memang sungguh, tak kenal walau dia dah bagitahu nama sebenar & nama kelasnya. Maaflah, zaman 2007 zaman aku kelas jauh dari orang. 7 kelas lain di tingkat atas, kami sebuah kelas, tingkat bawah. Kelas arab, selalu dipinggirkan. Biarlah. Itu faktor aku tak mengenali MS.

Beberapa lama kemudian. Lupa, mungkin bulan. mungkin minggu. Aku masih belum dapat mengenali wajah sebenarnya walaupun seringkali tiap waktu balik sekolah kami chat di YM. Setiap hari dia cakap "saya nampak awak." "saya berjalan tentang dengan awak." tapi sungguh, aku tak kenal.

Akhirnya, wajahnya dapat aku kenali ! dan bermula dari situ, kami semakin rapat dan akhirnya bergelar sahabat. Mula-mula di alam siber, lama kelamaan menjadi sahabat di dunia nyata.

Kami pun dua-dua ada blog. Dia tulis, aku baca, aku comment. Aku tulis, dia baca, dia comment. 

2009

Kami mula rapat. Memandangkan aku salah seorang pembimbing rakan sebaya (PRS) sekolah, aku selalu lepak di bilik kaunseling dengan rakan-rakan baikku. Termasuk dirinya. Kami ada ramai geng pada masa itu, dan tertubuhnya satu nama group kami. Sssttt. Group Sssttt. Ada lelaki, ada perempuan. Kalau tak silap 9 orang semuanya. Bermula pada 2009 lah kami jadi sahabat yang rapat di dunia nyata bersama 7 lagi sahabat.

Lepak, stayback kat sekolah, picnic, celebrate birthday. Semua kami buat bersama and kami antara gang yang famous jugak dalam kalangan cikgu-cikgu di sekolah. Famous dengan label yang baik lah.

Tahun ini juga, ada seorang student baru yang masuk. Aku 'dikatakan' meminati insan tersebut. Ya, mereka tahu. Dia pun tahu. Sahabatku yang seorang itu pun tahu kerana 'dia' satu kelas dengan sahabatku itu, MS. Selalu dikenen-kenenkan. Setiap hari MS bercakap tentangnya pada aku baik di sekolah, mahupun di YM. Dia pula selalu dikenenkan dengan sahabat kami satu group Sssttt juga, si A. Persahabatan kami berjalan seperti biasa.

Untuk pengetahuan, dia selalu nasihat kan aku tentang English. Dia power English. Aku adore dengan dia punya kelebihan yang satu tu. 

2010

terima kasih

Birthday aku, dia bagi aku sekeping gambar dan kad ucapan hari jadi (sehingga kini, masih aku simpan -2020 *cuma aku dah buang sebahagian gambar dari sekeping itu : kalau MS baca, mungkin dia tahu kenapa. haha ) . Terima kasih kerana selalu mengingati aku. Mungkin tika itu, aku bukanlah seorang insan yang pandai menghargai dan pandai menyelami hati insan lain. Tika birthday sahabatku itu, seingat aku, cuma wish di dunia nyata & di alam maya. Kiriman hadiah tak pernah aku bagi. Maafkan aku. Aku bukanlah insan yang pandai bermain dengan benda-benda sweet macamni. Sekali lagi, maafkan aku.

Akhir 2011

Since form 1 kita bersahabat, tapi akhir 2011, aku merasakan hubungan persahabatan kita makin renggang. Aku tak tahu kenapa. Cuma yang aku pasti berkenaan si A. Bukan hanya kita berdua, tapi dia menjauhkan diri dari kami semua, - gang Sssttt. Sungguh. Aku tak tahu apa salah aku. Apa silap aku. Ya, aku tak nafikan, mungkin aku ada buat salah hinggakan dia turut menjauhkan diri dari aku. Tapi, sungguh aku cakap, aku tak tahu.

2020

sumber : google

Diringkaskan. Geng Sssttt masih wujud sehingga kini, tanpa dia. Memang semenjak itu, dia left group whatsapp. Dia tak pernah LIKE or COMMENT facebook, twitter, instagram aku. Whatsapp apatah lagi. Dia menyepi seperti terdelete-nye Yahoo Massenger. Tipu aku tak sedih. Cuma aku lega dan gembira, walau dia left group whatsapp, dia tak pernah menyapa aku dah, tapi aku lega kerana Facebook aku masih menjadi 'friend' nya dan kami masih saling follow di Instagram. 

Kini aku lihat, dia dah bahagia dan happy bersama rakan-rakan barunya. Rezeki berkerja dia dah capai. Alhamdulillah. Kepada MS jika baca entry kali ni. Aku just nak cakap. Aku happy tengok kau happy disamping rakan-rakan barumu. Maafkan aku sebab tak pernah jadi sahabat yang baik buatmu. Sungguh, aku nak tahu apa salah aku. Dari dulu aku tertanya-tanya. Hinggakan aku rasakan aku ni begitu naif tentang perasaan orang yang telah aku lukai dalam tak sedar. 

Aku pernah beberapa kali reply ig story, dm ig dia. Dia seen, tak pernah reply. Sekali lagi, maafkan aku. Walau kita tak lagi rapat macam dulu (dan mungkin dah tak sudi menjadi rakanku), aku doakan moga kau terus bahagia, ceria macam dulu-dulu. Thanks pernah menceriakan aku suatu waktu dulu. Paling tak lupa diawal perkenalan kita, misteri MS di YM. Kenangan terindah. Thanks for everything.


p/s untuk MS *kalau baca entry ni*

Aku harapkan jugak mu bagitahu aku, apa salah aku. Mungkin biar aku sedar akan kesilapan aku. Mungkin untuk aku menilai luka yang aku bagi pada mu and mungkin untuk pulihkan kembali persahabatan kita? atau mungkin sekadar untuk melepaskan rasa mu walau kau tak sudi terima aku kembali?

Yang Benar,

-Insan yang pernah menjadi sahabatmu, suatu tika dulu. -

Tuesday, March 31, 2020

Positive Covid-19


Sumber : Google

Semenjak kita mengenali makhluk yang bernama Covid-19 atau dikenali juga sebagai Corona Virus ni, kita menjadi takut dan fobia dengan perkataan positive kan? Yalah, semua takut dijangkiti virus ini dan di kenalpasti sebagai 'postive covid'. Bila dah di kenalpasti sebagai 'positive covid', maka kita akan dipisahkan dengan ahli keluarga, sahabat handai, jiran tetangga dan kita akan totally di asingkan dengan siapa-siapa pun. Kita akan dikuarantin & di rawat oleh doktor & jururawat tertentu je. Itupun dengan memakai full cover anggota badan. Siapa je tak takut dan fobia dengan perkataan Positive Covid ni? Moga kita dijauhkan daripada didekati atau dijangkiti dengan virus ini & moga yang dah disahkan 'positive covid', moga Allah memberikan kesembuhan kepada kamu. Aaamiin.

Tapi, kita jangan fobia sangat dengan positive. Sebab, musim2 PKP or RMO ni, kita jugak memerlukan perkataan POSITIVE ni dalam kehidupan seharian kita. Positive ape? Positive dengan sekeliling kita. Positive dengan fikiran kita. Positive dengan bacaan kita. Positive dengan setiap apa berlaku. Positive dengan perbuatan & perlakuan kita.

sumber : Google

Contohnya, musim PKP ni, kau cakap kau tak boleh pergi kerja. Kau cakap kau bosan. Kau cakap kau takleh keluar lepak ngan kawan2. Kau cakap kau tak tahu nak buat ape. Haa, tu semua negetive beb. Negetive. Takmau camtu. No good for ourself. Change it to POSITIVE like I said. How? kau manfaatkan cuti kau yang berkurungg tu dengan perkara berfaedah. Samada dengan benda yang kau minat, benda yang baru kau nak try, benda yang family members kau suka. Time ni lah nk try something new, nak gilapkan bakat, nak tahu minat and nak selami jiwa  family members kau.

Kau suka masak. Biasa buzy kerja alasan tak sempat masak, tak sempat nak try tak sempat nak belajar. Haa, time ni lah kau boleh try belajar, try new resipi, try buat makanan2 and minuman viral. Tu contoh lah.

Aku tengok sepanjang dua minggu dah berlalu ni, Ramai duk share resipi viral, ramai duk share diaorang masak, video kat tiktok, ig, fb masak. WEH BAGUSS TU ! serious aku suka tengok. Persetankan orang cakap "time berkurung nilah nak jimat, catu makanan, etc" yelah, betul dah diorang cakap tu. Make sure korang buat, korang makan & tak membazir. Dah. Bukannya korang buat berlambak-lambak and tak habis. Tu baru silap.

Pastu selalu duk update gambar and video ngan anak2. Ade pulak comment "tu pun nak menunjuk, tu pun nak update." weh korang ni NEGETIVE sgt lah! POSITIVE lah sikit. For me, aku suka tengok semua tu. Yelah, susah nak tengok semua tu time2 dulu2 (before PKP) yelah, semua buzy kerja kan. Musim PKP ni, masing2 update masak2 dengan anak2, main dengan ank2, buat homework with anak2. weh, thats good ! nampak family love kat situ. Korang tak happy ke tgk TL korang full with love and positive vibes? cek hati korang kalau korang rasa tak happy.

So, tak nak tulis panjang, just nak share kat korang antara aktiviti positive yang korang boleh buat time PKP ni :-

1. Masak 
As I said earlier, try new recipe, try to learn, try to add on your skills. this is the time.

2. Play with your kids, siblings 
Budak2 ni sukakan attention tau. Time ni lah spend your quality time together. Tengok diaorang buat kerja, pantau. Teach them something new, read them books, tell and story them whats good whats not. Masa ni lah korang didik dia -dah cikgu didik, korang melabel cikgu garang, cikgu pukul, cikgu kejam ngan ank2 korang. Haa, time ni la nk nilai sendiri ank korang.

3.Berjemaah with family 
Selama ni mungkin kita buzy dengan duniawi - kerja. Time PKP ni, banyak masa terluang with family. Korang boleh solat berjemaah. Tak suruh 5 waktu pun. Magrib Isyak je pun ok. Time ni lah nak up kan korang punye rohaniah in family. Baru berkat derr.

Sumber : Google


Antara benda positive yang aku nampak sepanjang PKP ni :-

1. Tiktok. Serious, aku tak suka tiktok weh. Menyampah tengok org post. Tapi since PKP ni, ramai yang post video tiktok yang for me sgt positive (dari menari tah paper). Video tiktok memasak, Video tiktok cara betol basuh tangan. Membina sikit.

2.Orang2 AKHIRNYA dapat lihat jasa sebenar seorang cleaner, yg selama ni mungkin ramai yang pandang rendah dengan pekerjaan ni. Muliakan mereka. 

3. Malaysians bersatu dalam 'menyerang' dan 'membawang' di page TAIWAN - which is good, semangat pertahankan negara. Nampaklah semangat patriotik sayangkan Malaysia tu ada.

4. Malaysians keep pray and doa for each other. Moga dijauhkan covid, moga diberi kesembuhan, moga virus ini cpt cpt hilang. TL dipenuhi zikir2, doa2 hilang wabak, good words. (plus info semasa about covid, berapa sembuh, berapa positive etc). Nampak Malaysians sebenarnya bersatu hati & actually sukakan berita benar, dan bukan palsu (opss.)

Malaysians, 
keep the good vibes.
Malaysians,
keep increasing positive vibes in yourlife.
Malaysians,
keep praying.

Malaysia,
Please get well soon.
We miss you.
Stay safe gais!
Ok, gtg!
rancang nak buat kek batik malam ni, dah lewat ni! haha

31 March 2020,
10.16pm,
Baiti,
Hari Ke-14 Perintah Kawalan Pergerakan,
Terengganu.

Monday, March 30, 2020

Happy Birthday : It's RMO time!

Happy Birthday to me, 
Happy Birthday to me,
Happy Birthday Happy Birthday,
Happy Birthday to me.


sumber : google

Ya. tepat jam 12.01 am tarikh masihi berubah. 27 Mac 2020 bertambah satu angka menjadikan 28 Mac 2020. Ya. 28 Mac, tarikh keramatku. Tarikh aku dilahirkan. Tarikh yang menjadi saksi pertarungan insan tersayangku semata melahirkan aku di dunia fanaa ni. Alhamdulillah, terima kasih tak terhingga kepada insan itu, MA ku. 

Satu lagi ucapan alhamdulillah kerana dengan tarikh ini juga, aku berkongsi dengan insan tersayangku itu juga. Berkongsi sama tarikh. Tarikh lahir. Ya. 28 Mac juga merupakan tarikh lahirku & juga tarikh lahir ma ku. Seorang lagi insan tersayangku yang telah melahirkan ma ku. Terima kasih tok ku. (Al-Fatihah, dibaca)

Terima kasih kepada semua yang sudi doakan aku & wish for my birthday. Family, sahabat, rakan. Masih ada yang mengingati. Whatsapp, Facebook, Instagram, tak lepas Twitter. Terima kasih semuanya. Panjang, pendek, simple, padat. Terima kasih atas ingatan. Aku terharu.

Tak dinafikan, tahun ini sambutan agak lain berbeza tahun-tahun lepas. Semua tahu, sekarang negara kita & juga negara jiran-jirang kita digemparkan dengan isu COVID-19 @ Corona Virus dan Malaysia sekarang sedang menjalankan PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) Which is mula mula dari 18 MAC 2020- 31 MAC 2020. Tapi memandangkan keadaan tak berapa reda lagi, maka arahan PKP DILANJUTKAN lagi 2 minggu which is sehingga 14 April 2020. Moga Allah merahmati kita & dihapuskan segera virus ini dari negara kita & juga negara lain. Aaamiin.

Kelainan padaku di hari ini. 

1. Hanya berkurung di rumah dan ditemani kucing dan buku tetapi dikelilingi oleh insan-insan tersayang. (family members which sedang bercuti sebab PKP)

2. Diberi kesempatan solat berjemaah with parents and siblings-during my birthday (Alhamdulillah, first time ever. Dulu-dulu masih kecil, duduk jauh di perantauan -shah alam, study-, & biasanya my parents berjemaah di masjid. Disebabkan PKP, solat berjemaah di rumah.) Alhamdulillah for this chance given.

3. Simple celebration which is just COD Mandhy Lamb (thanks family! :D )


Alhamdulillah, Alhamdulillah. Tu je perkataan aku untuk hari ini. Walau apa jua keadaan, kita masih dilimpahi rezeki & nikmat walau sekecil-kecil mana pun. Mungkin, apa yang berlaku sangat memberikan aku hikmah. Apa yang tak pernah aku hargai, kini aku rasai nikmat. Disamping keluarga, itu nikmat. Bersama keluarga, Itu nikmat.Cuma sedikit nikmat yang Allah tarik dari kita untuk kita terus mensyukuri nikmat baru yang selama ini kita tak sedari. 

Allah tarik nikmat kita dari pergi kerja, keluar berjalan-jalan. Tapi Allah hadirkan nikmat kita untuk totally spend time with our family members. Thanks Allah. Moga Malaysia akan menerima berita baik dalam masa terdekat ini. Aaamiin.


31 Mac 2020,
7.51 am,
Baiti,
Hari Ke-14 Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19,
Terengganu.

Thursday, March 19, 2020

Program Daurah Kitab & Malam Cinta Rasul.

Program Daurah Kitab & Malam Cinta Rasul bersama Habib Faqeh Muqaddam & Syekh Abu Zaki As-Singafuri, 14 Mac 2020 (Sabtu) Bersamaan 19 Rejab 1441h, Masjid Tokku Paloh.


Alhamdulillah, dengan izin Allah buat pertama kali nya selepas aku menamatkan zaman belajar aku, diberi kesempatan untuk menjadi salah seorang daripada urusetia @ sukarelawan untuk satu program iaitu Program Daurah Kitab & Malam Cinta Rasul yang telah berlangsung minggu lepas. 


Program ini telah julung kalinya dianjurkan oleh AHBAB AS-SOFA yang baru sahaja ditubuhkan yang menampilkan Ustaz Syed Hafiz Ikram sebagai pengasas pertubuhan itu. Beliau juga merupakan mudir & pengajar di Pusat Pengajian Tahfiz & Tarbiah Ribat As-Sofa, Terengganu yang merupakan salah satu daripada Pusat Pengajian Tahfiz & Tarbiah di Terengganu. Program ini juga merupakan satu usahasama Ahbab As Sofa bersama  Briged Sukarelawan Syabab Terengganu.

Ustaz Syed Hafiz Ikram
Ayoh Zin (mohon sedekahkan Al-Fatihah kpd arwah -dibaca)

Sukarelawan Syabab Terengganu : Badan sukarela bukan kerajaan yang ditubuhkan atas nama khidmat komuniti. Berpusat kepada platform untuk belia berinteraksi dan beraktiviti. Badan ini terbuka kepada semua.

Meeting Program 

So, kepada belia-belia yang berminat untuk menyertai team Sukarelawan Syabab Terengganu, anda semua boleh lah LIKE PAGE facebook Sukarelawan Syabab Terengganu -click sini-

Untuk yang nak tahu lebih lanjut berkenaan Ribat As-Sofa, korang boleh tgk youtube Dokumentari TV- Legasi Anbiya dimana Ribat As-Sofa pernah ditayangkan di Rancangan Syahadah, RTM 2019. -Click Sini-

Untuk pengetahuan juga, Program ini terbuka kepada semua samada pelajar tahfiz, para ustaz & ustazah, penduduk sekitar mahupun siapa sahaja yang ingin menyertai program ini. 

Bagi program pertama iaitu sesi Daurah Kitab Al-Habib Mohammad bin Abdulrahman As-Saggaf bersama Habib Faqeh Muqaddam, antara pengisiannya adalah :-
  1. Tuntutuan dakwah kepada seluruh masyarakat.
  2. Kekeliruan dan salah faham masyarakat terhadap dakwah.
  3. Kelebihan, faedah & teknik dakwah secara fardhiah (individu).
  4. Adab serta akhlak seorang dai/

Penerangan oleh Habib Faqeh Muqaddam sangat santai dan mudah difahami. Beliau berjaya mengkhatamkan kitab ini setelah kira-kira dari jam 9 pagi sehingga 4 ptg berlangsungnya sesi ini (disertai waktu rehat,solat & sesi soal jawab).

Manakala bagi sesi malam pula, program ini disusuli dengan Malam Cinta Rasul & Tausiah jemputan iaitu Syeikh Abu Zaki As-Singafuri. Malam cinta rasul ini turut diserikan dengan alunan maulid oleh Pelajar Pondok Darul Muhajirin, Bukit Jong Terengganu. 

Alhamdulillah, program ini berlangsung dengan jayanya. Dihadiri oleh ramai muslimin & muslimat samada dari pusat pengajian setempat, penduduk sekitar, peserta yang jauh datang dari luar kawasan (samada luar Terengganu mahupun luar Kuala Terengganu). 

Kat bawah ni aku sediakan link-link LIVE sepanjang program.

Sesi 1 : Daurah Kitab
Sesi 2 : Daurah Kitab
Sesi akhir & soal jawab :  Daurah Kitab
Sesi Malam : Maulid & Tausiah

Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada semua yang telah menjayakan Program ini. Moga segala ilmu, ukhuwah, pengalaman & nasihat dapat diperolehi disamping berkat, ganjaran pahala & redho dari-Nya. In Sya Allah.

Untuk maklumat lanjut @tahu aktiviti berkenaan Ahbab As Sofa, Sukarelawan Syabab Terengganu, boleh layari link-link kat bawah ni :-

Instagram : Ahbab As Sofa 
Facebook  : Ahbab As Sofa

Terima kasih juga buat Sukarelawan Syabab Terengganu, kerana telah memberi peluang kepada aku untuk berkhidmat bagi program ini walau hanya kecil bantuan yang aku dapat berikan. By joining this program, i love to take some words from Habib Faqeh Muqaddam iaitu "walau sekecil-kecil apapun khidmat kita untuk jalan Allah, Insyallah Allah akan bagi 'bahagian' kita."


19 Mac 2020,
11.11 pm,
Baiti,
Hari Ke-2 Perintah Kawalan Pergerakan Covid19 ,
Terengganu.

Saturday, February 29, 2020

Mengintai Aku di NERAKA


"Cuba kau lihat gunung di sana, itu juga hanya sekecil daripada sebesar gunung yang bakal kau saksikan nanti."

Kami masih meneruskan perjalanan. Apa yang kau lihat, kawasan ini tidak ubah seperti lubang-lubang dari kawah gunung berapi.

"Apakah kau gemar melalaikan solat, dan menurut kehendak nafsumu, itukah hobimu?"

Lelaki itu sebenarnya lebih tahu tentang keberadaan diriku.

Aku hanya menangis ketakutan, tidak berdaya menjawab segala.

"Ingatlah wahai diri yang lalai, Di neraka nanti terdapat lembah Al-Ghayy, iaitu lembah di dasar Jahannam yang dialiri nanah bercampur darah dari para penghuni neraka. Lembah ini disediakan Allah kepada mereka yang meremehkan solat, dan sentiasa menuruti syahwat."

Kami sedang berjalan menuruni curam, di bawahnya ada suatu lembah. Lantas, lelaki itu sedang menunjukkan aku sesuatu di bawah.

"Apakah kau nampak apa yang ku lihat?"

Aku menoleh kebawah, dan apa yang aku lihat saiz ular yang cukup besar, kala jengking yang berbisa...jumlah mereka begitu banyak sekali.

"Di Neraka, ia dipanggil lembah Atsam yang berisi ular dan kala jengking, azab didalamya berlipat-lipat, Lembah ini disediakan bagi mereka yang berbuat syirik, berzina, dan membunuh jiwa tanpa hak. Apa yang kau nampak ini, hanyalah cebisannya sahaja."

Secebis daripada rentetan kisah, Ditulis oleh Hadi Fayyadh didalam penulisan karya Mengintai Aku Di NERAKA.

*Nak tau aku punye simple comments about this book? go to my goodreads.

I'm a bigger fan of Hadi Fayyadh's karya.

Done Read
Semusim di Barzakh
Semusim di Mahsyar
Ablaasa
Mengintai Aku di Neraka
Apabila Azazil Berputus Asa

Will Read
Bencana 2020
The Last Kingdom
Syurga Buatku Pendosa
Silence Protokol

Still Searching...
Eyes From The Abyss
Infinity War


Selamat TAHUN LOMPAT,
Salam Malaysia, PM Ke-8.


1 Mac 2020,
1.00 pm,
Baiti,
Terengganu.

Saturday, February 22, 2020

Pesta Buku PPAT 2020

sumber : Facebook Page PPAT

Pesta Buku Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) 2020 sedang berlangsung bermula dari hari ini (22 Februari 2020) sehingga 29 Februari 2020 dari 9 pagi hingga 10.30 malam iaitu selama 8 hari di Perkarangan Perpustakaan Awam Terengganu. Sepanjang pesta buku diadakan, pelbagai aktiviti yang disediakan disamping dengan penjualan buku-buku dengan harga yang sangat berpatutan dan diskaun yang banyak. Disamping itu juga, terdapat jualan makanan, pakaian, cenderamata dan bermacam-macam lagi. (sempat beli aiskrim macam tahun lepas, and best gilaaa aiskrim dia. hahahahahah yummy!)

Harini, iaitu hari pertama pesta buku diadakan, aku berkesempatan untuk mengunjunginya. Dari 10 pagi sampai 12 tgh hari, pastu petang pi pulak pukul 3 sampai 5 petang aku kat sana. Hari pertama, dipenuhi dengan ibu bapa, kanak-kanak kecil dan tak lepas remaja. Sambutan pada pandangan aku sangat memuaskan. Walau hari pertama, dah penuh sesak dengan orang. Mungkin faktor hujung minggu. Bagus, i like that.

Suasana Pesta Buku PPAT 2020 Hari Pertama yang sempat aku rakam.


Jualan buku dengan harga serendah RM1, novel-novel sebuah hanya RM5, buku-buku pelbagai genre, publisher, penulis. Serious weh, aku pun tak lepas dari turut sama memborong beberapa buah buku. Rambang mata weh, bayangkan buku memang kau idamkan, lepastu dapat potongan harga, siapa nak lepaskan weh? haha. Buku yang takde dalam list untuk dibeli pun termasuk sama dalam list buku dah terbeli hahaha

Oh lupa, make sure kalau korang sampai sana, firstly jangan lupaa pi lah kat kaunter dia kat pintu masuk (dalam perpustakaan bukan kat dewan dia) kat situ, korang leh isi online comment or cadangan korang pasal Pesta Buku PPAT 2020. Untuk penambah baikkan (siapa yang isi, dapat kipas tangan tau ! siap ada tulis Pesta Buku PPAT 2020 lagi tauuu. yeay aku dapat! ) - of course lah, antara orang terawal kottt pergi sana. pukul 10 pagi hari pertama dah tercegat kat sana. hahahaha



Untuk pengetahuan korang jugak, sepanjang pesta ni jugak (macam aku ada mentioned kat atas) macam-macam lagi aktiviti & slot @program lain diadakan. Antaranya Bicara Buku bersama YBHG. Ustaz Dr. Riduan bin Mohamad Nor & juga Ustazah Fatimah Syarha, Santai Puisi, Ceramah Agama bersama Ustaz Mohib Khouli, Busking, Persembahan Silat, & banyak lagi lah. Kalau korang nak tahu, kena pi lah. hehe tak pun korang leh ushaa fb page PPAT sendiri untuk tengok jadual sepanjang pesta buku.

Nah aku share link : korang click je kat gambar bawah



*esok Insyallah aku akan ke sana lagi, nak jumpa dengan one of my fav penulis buku :- Hadi Fayyadh. haha - demi anok fruit aku yg sulong. Nak sangat autograapph dia. fyi, my nephew pun peminat buku Hadi Fayyadh tau. buku lain, payaahh dia nak baca. Buku Hadi Fayyadh dia kamain suka. So, aku pun supportlah kan. hehe 

So, kepada semua terutamanya RAKYAT NEGERI TERENGGANU bolehlah datang ramai-ramai & turut memeriahkan lagi pesta buku PPAT 2020. Tak rugi nya kalau korang pi. Bawa anak-anak, adik abang kakak saudara mara rakan taulan (Nak ajak aku pergi lagi pun, aku onzz je hahaha). Budaya membaca amalan mulia kan. Tak mampu beli buku, korang boleh guna perkhidmatan yg disediakan oleh PPAT which is pinjam buku di perpustakaan . hehe. Dari kecil lah korang perlu bimbing anak-anak, adik-adik korang dengan minat membaca, baru otak berkembang, dipenuhi dengan aktiviti berfaedah. takdelah lahir generasi tiktok sangat. (opss! dok aci maroh! haha gurau je punnn. )

"Dengan membaca, Kita tahu isi dunia."


Buku-buku yang berjaya di 'tangkap' oleh aku & my sisters. Yang kanan tu semua for me (hahahah) , yang kiri tu for our fruit kids and also kegunaan my sister untuk dia punya sekolah.

Aku memang suka buku by Teme Abdullah tapi memandangkan dah baca semua buku dari dia, so tak beli lah kan. Bagi buku Hadi Fayyadh pulak, ya memang aku sukaaa gila buku dia. Dah ada koleksi buku & baca buku dia Semusim di Barzakh, Semusim Di Mahsyar, Mengintai Aku dari Neraka, Ablaasa. So untuk Pesta Buku PPAT 2020 aku grab Bencana 2020, The Last Kingdom & Ketika Azazil Berputus Asa. Yang lain, tengoklah dulu, coming soon. Pokaii den haha 

Untuk buku Hilal Ashraf, aku saja baru nak try baca. Sebab tgk tweet tweet orang cakap best sgt buku dia. So sempat beli HERO &Tetamu Tuhan 50 Hari. Actually, dulu ade orang hadiahkan aku buku yg ditulis oleh Hilal Ashraf which is Sebelum Aku Bernikah siap ade autograpppph Hilal Ashraf haha tapi yelah, tu genre lain. haha

Untuk buku Novel Ms.Kucing & Mr.Cat tu, kakak aku "ni kakda nak bagi ke adik, sebab adik suka kucing." hahahahahhahaha. Beruntungnyeeee jadi adik kesayangan ni. Tenkiu my kakak-kakak for spending me books ! hahahahah

Sebelum aku menutup bicara, sekali lagi aku ajak korang semua pi sana ! tak rugiii. tak beli, cuci mata. Tak cuci, isikan perut. hhaha.

Entri blog aku tahun lepas :- Pesta Buku PPAT 2019

#PestaBukuPPAT2020


22 Februari 2020,
11.40pm,
Baiti,
Terengganu.