Thursday, September 3, 2020

Surat Cinta buat Sahabat-1

sumber : google

 2007

Zaman kegemilangan Yahoo Massenger bagi aku pada tika itu. *tuuut* notification YM aku berbunyi. Ada friend Request by MS (bukan nama sebenar). Aku approve walau tak kenal kerana pada tika itu, aku suka mengenali seorang yang baru, yang tak kenal. Lalu sekali lagi *buzz



sumber : google





* notification YM
aku berbunyi. Ada pesanan dari MS. Aku buka. Aku baca. Salam perkenalan darinya. Bermula pada itu, kami rapat. Katanya dia rakan sekolahku, sebaya, satu batch. Tapi aku memang sungguh, tak kenal walau dia dah bagitahu nama sebenar & nama kelasnya. Maaflah, zaman 2007 zaman aku kelas jauh dari orang. 7 kelas lain di tingkat atas, kami sebuah kelas, tingkat bawah. Kelas arab, selalu dipinggirkan. Biarlah. Itu faktor aku tak mengenali MS.

Beberapa lama kemudian. Lupa, mungkin bulan. mungkin minggu. Aku masih belum dapat mengenali wajah sebenarnya walaupun seringkali tiap waktu balik sekolah kami chat di YM. Setiap hari dia cakap "saya nampak awak." "saya berjalan tentang dengan awak." tapi sungguh, aku tak kenal.

Akhirnya, wajahnya dapat aku kenali ! dan bermula dari situ, kami semakin rapat dan akhirnya bergelar sahabat. Mula-mula di alam siber, lama kelamaan menjadi sahabat di dunia nyata.

Kami pun dua-dua ada blog. Dia tulis, aku baca, aku comment. Aku tulis, dia baca, dia comment. 

2009

Kami mula rapat. Memandangkan aku salah seorang pembimbing rakan sebaya (PRS) sekolah, aku selalu lepak di bilik kaunseling dengan rakan-rakan baikku. Termasuk dirinya. Kami ada ramai geng pada masa itu, dan tertubuhnya satu nama group kami. Sssttt. Group Sssttt. Ada lelaki, ada perempuan. Kalau tak silap 9 orang semuanya. Bermula pada 2009 lah kami jadi sahabat yang rapat di dunia nyata bersama 7 lagi sahabat.

Lepak, stayback kat sekolah, picnic, celebrate birthday. Semua kami buat bersama and kami antara gang yang famous jugak dalam kalangan cikgu-cikgu di sekolah. Famous dengan label yang baik lah.

Tahun ini juga, ada seorang student baru yang masuk. Aku 'dikatakan' meminati insan tersebut. Ya, mereka tahu. Dia pun tahu. Sahabatku yang seorang itu pun tahu kerana 'dia' satu kelas dengan sahabatku itu, MS. Selalu dikenen-kenenkan. Setiap hari MS bercakap tentangnya pada aku baik di sekolah, mahupun di YM. Dia pula selalu dikenenkan dengan sahabat kami satu group Sssttt juga, si A. Persahabatan kami berjalan seperti biasa.

Untuk pengetahuan, dia selalu nasihat kan aku tentang English. Dia power English. Aku adore dengan dia punya kelebihan yang satu tu. 

2010

terima kasih

Birthday aku, dia bagi aku sekeping gambar dan kad ucapan hari jadi (sehingga kini, masih aku simpan -2020 *cuma aku dah buang sebahagian gambar dari sekeping itu : kalau MS baca, mungkin dia tahu kenapa. haha ) . Terima kasih kerana selalu mengingati aku. Mungkin tika itu, aku bukanlah seorang insan yang pandai menghargai dan pandai menyelami hati insan lain. Tika birthday sahabatku itu, seingat aku, cuma wish di dunia nyata & di alam maya. Kiriman hadiah tak pernah aku bagi. Maafkan aku. Aku bukanlah insan yang pandai bermain dengan benda-benda sweet macamni. Sekali lagi, maafkan aku.

Akhir 2011

Since form 1 kita bersahabat, tapi akhir 2011, aku merasakan hubungan persahabatan kita makin renggang. Aku tak tahu kenapa. Cuma yang aku pasti berkenaan si A. Bukan hanya kita berdua, tapi dia menjauhkan diri dari kami semua, - gang Sssttt. Sungguh. Aku tak tahu apa salah aku. Apa silap aku. Ya, aku tak nafikan, mungkin aku ada buat salah hinggakan dia turut menjauhkan diri dari aku. Tapi, sungguh aku cakap, aku tak tahu.

2020

sumber : google

Diringkaskan. Geng Sssttt masih wujud sehingga kini, tanpa dia. Memang semenjak itu, dia left group whatsapp. Dia tak pernah LIKE or COMMENT facebook, twitter, instagram aku. Whatsapp apatah lagi. Dia menyepi seperti terdelete-nye Yahoo Massenger. Tipu aku tak sedih. Cuma aku lega dan gembira, walau dia left group whatsapp, dia tak pernah menyapa aku dah, tapi aku lega kerana Facebook aku masih menjadi 'friend' nya dan kami masih saling follow di Instagram. 

Kini aku lihat, dia dah bahagia dan happy bersama rakan-rakan barunya. Rezeki berkerja dia dah capai. Alhamdulillah. Kepada MS jika baca entry kali ni. Aku just nak cakap. Aku happy tengok kau happy disamping rakan-rakan barumu. Maafkan aku sebab tak pernah jadi sahabat yang baik buatmu. Sungguh, aku nak tahu apa salah aku. Dari dulu aku tertanya-tanya. Hinggakan aku rasakan aku ni begitu naif tentang perasaan orang yang telah aku lukai dalam tak sedar. 

Aku pernah beberapa kali reply ig story, dm ig dia. Dia seen, tak pernah reply. Sekali lagi, maafkan aku. Walau kita tak lagi rapat macam dulu (dan mungkin dah tak sudi menjadi rakanku), aku doakan moga kau terus bahagia, ceria macam dulu-dulu. Thanks pernah menceriakan aku suatu waktu dulu. Paling tak lupa diawal perkenalan kita, misteri MS di YM. Kenangan terindah. Thanks for everything.


p/s untuk MS *kalau baca entry ni*

Aku harapkan jugak mu bagitahu aku, apa salah aku. Mungkin biar aku sedar akan kesilapan aku. Mungkin untuk aku menilai luka yang aku bagi pada mu and mungkin untuk pulihkan kembali persahabatan kita? atau mungkin sekadar untuk melepaskan rasa mu walau kau tak sudi terima aku kembali?

Yang Benar,

-Insan yang pernah menjadi sahabatmu, suatu tika dulu. -