Wednesday, December 12, 2018

Pre-Convo IM244


Pre-Convo IM244 Batch Sept 2014 - December 2017
UiTM Kampus Rembau, Cawangan Negeri Sembilan

11 November 2018, Ahad | 10.30 am - 1.00 pm 
UiTM Kampus Rembau






Pre-convo bukanlah segalanya, tetapi ianya hanyalah untuk disimpan sebagai kenangan terakhir sebelum semua ditebarkan ke merata tempat. Moga persahabatan yang terbina akan terus kukuh & membawa kepada kebaikan. Moga dipertemukan lagi suatu hari nanti. Moga terus berjaya dengan kerjaya & minat masing-masing.

Walau tak kesemua classmates yang join pre-convo, but it totally one of our happy day spent time together.

Photo by : 


Facebook : DBTE Photographer 
Instagram : @dbtephotographer

Do usha their Facebook page to see their art.
Recommended.



12 / 12 / 2018,
4.49 pm,
Terengganu,
Malaysia.

Monday, December 10, 2018

Istiadat Konvokesyen UiTM ke 89 UiTM Rembau

Harini genap satu bulan 'HARI AKU' berlalu. Diri ini terlampau sibuk duatigaempat minggu selepas 'HARI AKU' itu.

'HARI AKU'? ape itu? haha. rileks, bukanlah ape. Saje aku bagi nama macam tu, nak rasa macam special sikit. Of course, sape je tak tunggu hari Konvo masing-masing kan? hehe.

12 November 2018 (ISNIN) sidang ke-2, Petang, UiTM Kampus Rembau, Negeri Sembilan.


Screenshoot Live FB


Hari Konvo aku. Hari sambut hasil usaha perit suka duka 3 tahun setengah bergelumang dengan dunia Ijazah. Hari tanda secara rasminya aku diisytiharkan sebagai Alumni UiTM & secara rasminya aku menamatkan ijazah ku & tanda aku berjaya mengenggam SEGULUNG IJAZAH. Alhamdulillah.

Hari itu, meriah. kawan-kawan, keluarga, jualan menghiasi sekitar my universiti. Untuk pengetahuan, sekarang UITM Kampus Negeri Sembilan (Rembau, Kuala Pilah, Seremban) dah kali ke-2 melangsungkan istiadat konvokesyen di Rembau. (Bangga jap dapat konvo kat Kampus sendiri hehe)

Batch aku, course aku (IM244) merupakan the first batch yang konvo di uitm Rembau kali ini. Our lecturers said "you all patut berbangga tau sbb masuk dalam sejarah Uitm tau! first batch, name  you all ade tauuu dalam sejarah uitm!" haa gittuw.


Screentshoot

Hari itu, panas. Tetapi, sewaktu dalam dewan, dah bunyi guruh guruh. Waktu beratur nak naik pentas pun, angin bertiup kuat. Risau aku dengan family members yg duk tunggu kat luar. Dengar cerita meraka, rupanya hujan lebat, tetapi sekejap. Lega.

Ijazah kami pada petang itu dianugerahkan oleh Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abdul Rahman Arshad yang merupakan Pro-Canselor Uitm. Ucapan beliau sangat menghiburkan. Padat dan diselitkan unsur nasihat di masa depan. Terima kasih.

Sekitar jam 5.00 ptg, majlis bersurai  maka bermulalah sesi bersalaman & bergambar dengan keluarga. Maaf rakan-rakan. Hari Konvo aku tak sempat nak bergambar dengan rakan-rakan seperjuangan selepas majlis. Sibuk dengan keluarga & berkejar nak balik ke PD. Kesian mereka dah lama tunggu, takkan nak nengok mereka menunggu aku sibuk dengan rakan-rakan.  (Lagipun a day before, hari ambik jubah dah dekat 3 jam lebih spent time together, ber-'pre convo').  ehhee. I ade terbaca "Convocation's day is your day with your family, A day before (read : Hari ambil jubah) You can plan the whole day with your friends"

You can read that article here : Click sini


Nak share pengalaman aku di hari konvo jap.

Sewaktu graduan beratur & masuk dewan. Masa tu mata -mata dewan menghala ke kami. Mata aku berjalan sambil melilau mencari kelibat my parents. Alhamdulillah, dari awal sampai akhir dpt tgk muka mak ayah aku. Hati jadi sebakkkk doe ! serious. Tahaaaaan je air mata dari jatuh. Ma & abi melambai-lambai ke arah aku. (aduh, masih rasa perasaan aku masa ni walaupun sebulan dah berlalu! :') ) diiring pulak muzik yg mengusik kalbu....

Masa keluar dewan pulak, lepas jumpa dgn family. Aku tunggu my parents keluar dewan, lepas jumpa. Sekali lagi aku sebak (tahan je air mata) ayah mak aku ucap tahniah & bersalaman. Wehh perasaan mase ni.............. (T.T)

Lagi satu, masa berjalan atas pentas tu, rasa mcm nak jalan slow slow je. Ingat senang ke, nk berjalan atas pentas, terima segulung ijazah? haaa. cakappp cpttt. Punya lama & stuggle nak dapatkan segulung ijazah, naik pentas untuk terima hanyalah beberapa minit. heheeeee, aku mmg tamak.



Segulung Ijazahku

Nak tgk live takkkkk aku naik pentas bersama geng2 aku? boleh click kat Uitm negeri sembilan kat bawah. 

My batch's turn : ( 2 : 14 : 57)
my turn : (2 : 15 : 56)


pssttt! tapi, sayang. NAMA AKU SILAP SEBUT ! hahahahhahahahahaah. dah lah  mokta (topi konvo) aku senget, org belakang langgar tak sedar kot takde nak bantu2 mintak maaf. Mood tension duk lam dewan asyik duk baiki. Takleh angkat kepala, confirm rasa kebelakang. Nak buang, jarum penuh sekeliling. aduh ! nasib tak tercabut.



Selasa,
11 / 12 / 2018,
8.30 a.m,
Terengganu,
Malaysia.