Saturday, February 29, 2020

Mengintai Aku di NERAKA


"Cuba kau lihat gunung di sana, itu juga hanya sekecil daripada sebesar gunung yang bakal kau saksikan nanti."

Kami masih meneruskan perjalanan. Apa yang kau lihat, kawasan ini tidak ubah seperti lubang-lubang dari kawah gunung berapi.

"Apakah kau gemar melalaikan solat, dan menurut kehendak nafsumu, itukah hobimu?"

Lelaki itu sebenarnya lebih tahu tentang keberadaan diriku.

Aku hanya menangis ketakutan, tidak berdaya menjawab segala.

"Ingatlah wahai diri yang lalai, Di neraka nanti terdapat lembah Al-Ghayy, iaitu lembah di dasar Jahannam yang dialiri nanah bercampur darah dari para penghuni neraka. Lembah ini disediakan Allah kepada mereka yang meremehkan solat, dan sentiasa menuruti syahwat."

Kami sedang berjalan menuruni curam, di bawahnya ada suatu lembah. Lantas, lelaki itu sedang menunjukkan aku sesuatu di bawah.

"Apakah kau nampak apa yang ku lihat?"

Aku menoleh kebawah, dan apa yang aku lihat saiz ular yang cukup besar, kala jengking yang berbisa...jumlah mereka begitu banyak sekali.

"Di Neraka, ia dipanggil lembah Atsam yang berisi ular dan kala jengking, azab didalamya berlipat-lipat, Lembah ini disediakan bagi mereka yang berbuat syirik, berzina, dan membunuh jiwa tanpa hak. Apa yang kau nampak ini, hanyalah cebisannya sahaja."

Secebis daripada rentetan kisah, Ditulis oleh Hadi Fayyadh didalam penulisan karya Mengintai Aku Di NERAKA.

*Nak tau aku punye simple comments about this book? go to my goodreads.

I'm a bigger fan of Hadi Fayyadh's karya.

Done Read
Semusim di Barzakh
Semusim di Mahsyar
Ablaasa
Mengintai Aku di Neraka
Apabila Azazil Berputus Asa

Will Read
Bencana 2020
The Last Kingdom
Syurga Buatku Pendosa
Silence Protokol

Still Searching...
Eyes From The Abyss
Infinity War


Selamat TAHUN LOMPAT,
Salam Malaysia, PM Ke-8.


1 Mac 2020,
1.00 pm,
Baiti,
Terengganu.

Saturday, February 22, 2020

Pesta Buku PPAT 2020

sumber : Facebook Page PPAT

Pesta Buku Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) 2020 sedang berlangsung bermula dari hari ini (22 Februari 2020) sehingga 29 Februari 2020 dari 9 pagi hingga 10.30 malam iaitu selama 8 hari di Perkarangan Perpustakaan Awam Terengganu. Sepanjang pesta buku diadakan, pelbagai aktiviti yang disediakan disamping dengan penjualan buku-buku dengan harga yang sangat berpatutan dan diskaun yang banyak. Disamping itu juga, terdapat jualan makanan, pakaian, cenderamata dan bermacam-macam lagi. (sempat beli aiskrim macam tahun lepas, and best gilaaa aiskrim dia. hahahahahah yummy!)

Harini, iaitu hari pertama pesta buku diadakan, aku berkesempatan untuk mengunjunginya. Dari 10 pagi sampai 12 tgh hari, pastu petang pi pulak pukul 3 sampai 5 petang aku kat sana. Hari pertama, dipenuhi dengan ibu bapa, kanak-kanak kecil dan tak lepas remaja. Sambutan pada pandangan aku sangat memuaskan. Walau hari pertama, dah penuh sesak dengan orang. Mungkin faktor hujung minggu. Bagus, i like that.

Suasana Pesta Buku PPAT 2020 Hari Pertama yang sempat aku rakam.


Jualan buku dengan harga serendah RM1, novel-novel sebuah hanya RM5, buku-buku pelbagai genre, publisher, penulis. Serious weh, aku pun tak lepas dari turut sama memborong beberapa buah buku. Rambang mata weh, bayangkan buku memang kau idamkan, lepastu dapat potongan harga, siapa nak lepaskan weh? haha. Buku yang takde dalam list untuk dibeli pun termasuk sama dalam list buku dah terbeli hahaha

Oh lupa, make sure kalau korang sampai sana, firstly jangan lupaa pi lah kat kaunter dia kat pintu masuk (dalam perpustakaan bukan kat dewan dia) kat situ, korang leh isi online comment or cadangan korang pasal Pesta Buku PPAT 2020. Untuk penambah baikkan (siapa yang isi, dapat kipas tangan tau ! siap ada tulis Pesta Buku PPAT 2020 lagi tauuu. yeay aku dapat! ) - of course lah, antara orang terawal kottt pergi sana. pukul 10 pagi hari pertama dah tercegat kat sana. hahahaha



Untuk pengetahuan korang jugak, sepanjang pesta ni jugak (macam aku ada mentioned kat atas) macam-macam lagi aktiviti & slot @program lain diadakan. Antaranya Bicara Buku bersama YBHG. Ustaz Dr. Riduan bin Mohamad Nor & juga Ustazah Fatimah Syarha, Santai Puisi, Ceramah Agama bersama Ustaz Mohib Khouli, Busking, Persembahan Silat, & banyak lagi lah. Kalau korang nak tahu, kena pi lah. hehe tak pun korang leh ushaa fb page PPAT sendiri untuk tengok jadual sepanjang pesta buku.

Nah aku share link : korang click je kat gambar bawah



*esok Insyallah aku akan ke sana lagi, nak jumpa dengan one of my fav penulis buku :- Hadi Fayyadh. haha - demi anok fruit aku yg sulong. Nak sangat autograapph dia. fyi, my nephew pun peminat buku Hadi Fayyadh tau. buku lain, payaahh dia nak baca. Buku Hadi Fayyadh dia kamain suka. So, aku pun supportlah kan. hehe 

So, kepada semua terutamanya RAKYAT NEGERI TERENGGANU bolehlah datang ramai-ramai & turut memeriahkan lagi pesta buku PPAT 2020. Tak rugi nya kalau korang pi. Bawa anak-anak, adik abang kakak saudara mara rakan taulan (Nak ajak aku pergi lagi pun, aku onzz je hahaha). Budaya membaca amalan mulia kan. Tak mampu beli buku, korang boleh guna perkhidmatan yg disediakan oleh PPAT which is pinjam buku di perpustakaan . hehe. Dari kecil lah korang perlu bimbing anak-anak, adik-adik korang dengan minat membaca, baru otak berkembang, dipenuhi dengan aktiviti berfaedah. takdelah lahir generasi tiktok sangat. (opss! dok aci maroh! haha gurau je punnn. )

"Dengan membaca, Kita tahu isi dunia."


Buku-buku yang berjaya di 'tangkap' oleh aku & my sisters. Yang kanan tu semua for me (hahahah) , yang kiri tu for our fruit kids and also kegunaan my sister untuk dia punya sekolah.

Aku memang suka buku by Teme Abdullah tapi memandangkan dah baca semua buku dari dia, so tak beli lah kan. Bagi buku Hadi Fayyadh pulak, ya memang aku sukaaa gila buku dia. Dah ada koleksi buku & baca buku dia Semusim di Barzakh, Semusim Di Mahsyar, Mengintai Aku dari Neraka, Ablaasa. So untuk Pesta Buku PPAT 2020 aku grab Bencana 2020, The Last Kingdom & Ketika Azazil Berputus Asa. Yang lain, tengoklah dulu, coming soon. Pokaii den haha 

Untuk buku Hilal Ashraf, aku saja baru nak try baca. Sebab tgk tweet tweet orang cakap best sgt buku dia. So sempat beli HERO &Tetamu Tuhan 50 Hari. Actually, dulu ade orang hadiahkan aku buku yg ditulis oleh Hilal Ashraf which is Sebelum Aku Bernikah siap ade autograpppph Hilal Ashraf haha tapi yelah, tu genre lain. haha

Untuk buku Novel Ms.Kucing & Mr.Cat tu, kakak aku "ni kakda nak bagi ke adik, sebab adik suka kucing." hahahahahhahaha. Beruntungnyeeee jadi adik kesayangan ni. Tenkiu my kakak-kakak for spending me books ! hahahahah

Sebelum aku menutup bicara, sekali lagi aku ajak korang semua pi sana ! tak rugiii. tak beli, cuci mata. Tak cuci, isikan perut. hhaha.

Entri blog aku tahun lepas :- Pesta Buku PPAT 2019

#PestaBukuPPAT2020


22 Februari 2020,
11.40pm,
Baiti,
Terengganu.

Sunday, February 2, 2020

Pra Temu Duga Pustakawan (Gred S41)

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana memberi peluang kepada aku, untuk pertama kalinya  dapat melayakkan diri ke Pra Temuduga Pustakawan Gred S41 which is my jawatan untuk degree. Alhamdulillah, dapat layak tu pun dah cukup happy dah. Around 2 days before hari temuduga, aku dapat email. So in quickly, I'll prepare everything :- file, study website, study notes zaman degree dulu (sbb aku tahu, this interview will be tough. Jawatan S41 kot....haha aku cuak doe!)

Tujuan aku tulis ni saje untuk share pengalaman, untuk adik2, sape sape yg bakal ke IV jawatan ni kan sbb when I google-ed before interview sbb aku mmg suka baca pengalaman org2 lain yg pernah pi IV jawatan ni, seriously satudua je aku jumpa! mujur aku ade join group SEMBANG PUSTAKAWAN kat fb, so mcm ade jugak lah dpt info byk kat situ (psss : please, go and join that group) click here to join

Untuk PRA TEMU DUGA PUSTAKAWAN kali ni, aku dapat yang kat TERENGGANU (yeay! di negerikuuuu) & tempat aku berpraktikal dulu (double yeay ! : if jawatan ni, takdelah risau dari segi suasana, staff sbb dah biasa haha)

INFO PRA TEMUDUGA PUSTAKAWAN GRED S41 :

Tarikh : 15 JANUARI 2020 (RABU)
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Sesi : ada 3 sesi

Sesi Pertama : 8.30 am - 9.30 am : Ujian Kecergasan
Sesi Kedua   : 10.30 am - 12.30 pm : Ujian Bertulis
Sesi Ketiga   : 2.30 pm - 4.30 pm : Temu Duga

Done. dulu tak secantik sekarang. Ya, background belakang.

SESI PERTAMA : UJIAN KECERGASAN ; Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail,UMT

Seawal 8 pagi aku sampai, tapi takdelah terus pi sana. Just rileks rileks dalam kereta. Bila semua panggil, ade sesi register kehadiran, briefing. Time ni lah kami mula berkenal-kenalan. Aku tgk dalam list sepatutnya 20 orang candidates, tapi yg hadir only 14 orang. Aku cuak bila tgk masing-masing jenis pandai bercakap, pastu semua dah bekerja (dalam bidang library jugak. Ada yg librarian, ada yang assistant, ada swasta, ada tetap & ada kontrak) tambah cuak aku je yg lari bidang & takde pengalaman. hahaha. then kami diarahkan untuk pusing track larian Kompleks Sukan tu sebanyak 3 round with 6 minutes. kami like "whattttt? dah lamaa tak berlari..." haha, and alhamdulillah aku berjaya menghabiskan 3 round with 10 minutes and 8 second. dapat yg ke 8 daripada 14 orang. (ok tak? ahhaha) Seorang give up tengah pusingan kedua. hahaha.

Sesi briefing


Semput doe. Keesokkan tu seriously kaki aku sakit gilaaa. tak pernah rasa macam ni. Takleh gerak terus kaki. Terbaring 2 hari, tidur pun kaki takleh gerak-gerak. SAKIT YANG AMAT. haha padah tak warm up dulu plus lama tak jog ditambah rasa pi berlari direct 3 round. PADAM MUKA KAU WAHAI DIRI SENDIRI hahaha.

Sedikit kenangan


SESI KEDUA : UJIAN BERTULIS ; Bilik Mesyuarat Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah

Yang ni best. Ujian bertulis kali ni dibuat kat library tempat aku praktikal dulu. Yeay, dapat jumpa staff staff PSNZ and alhamdulillah, mereka still ingat aku. Apa lagi, sembang lah dulu. hehe. Taknak story panjang.

Setibanya kami kat dalam bilik, kami diberi KERTAS-KERTAS SOALAN & KERTAS-KERTAS JAWAPAN berserta BOOKLET SUBJECT HEADING. Banyak gais, banyak helai. pening tgk. hahaha. Kami dimulakan dengan sesi briefing & semak kertas. Ujian bermula.

Ujian Bertulis mengandungi 2 Section. 

Section A : Ada 10 Soalan, kena jawab 7 soalan.

Soalan terdiri daripada jenis soalan Terms Definitions, listing, opinion, general. Ada yang kena hurai duatiga ayat. Ada yang just list, ada yang aku buat petak (sbb nk differentiate dia). Tapi ade part macam aku blur, sebab selalu study in english. Bila soalan dia Malay-kan so macam awkward for me. Soalan tu pasal bersekutu ape entah. Lupa. haha - my bad actually. So, korang kena biasakan diri in malay and english terms. haha

Terms: Shifting, Shelving, Stock Tape, Shelf Reading
Listing: ada dia suh korang listkan. Contoh yg aku ingat, listkan online database yg PSNZ langgan, listkan Definition OPEN SOURCE and Contoh open source.
Definition & description: Ada tanya function pustakawan penghubung, different antara electronic & digital.  

Banyak lagi yang ditanya, tapi tu je yang aku mampu ingat. sorry, my bad. Conclusion dia, kau kena study balik terms terms dalam library, maksud dia, function dia. Pandai pandai lah. haha

Section B: Ada 2 Soalan, jawab DUA DUA & dua dua CATALOG 

Haaa, aku dah expect soalan macam ni akan keluar. Samada Descriptive Cataloguing, MARC 21 @ AACR, Subject Heading. Hahaha, tapi tak expect laa dia suh buat FULL MARC21 RDA BEB ! HAHAHA. Haruuu. Aku duatiga hari before tu ade jugak duk tekankan study balik 3 adik-beradik ni. Tapi just yg basic, mcm taging 100,245,300 etc. yang basic. HAHAHA, tak kisah lah orang cakap aku sejenis gigih ke ape sanggup belek balik notes2 lama time degree...kisah pulak aku...hahaha...tak sangka, sekali engkau keluar......... hahaha. T.T

Dia ada bagi la booklet SH berkaitan soalan (alaa, ala-ala final exam) tapi yelah. Mujur aku ade sentuh sikit, mcm oklah. Tapi haruuu jugakkk tak ingat details taging. hahahaha. Diaorang pun bila habis ujian, cakap susah. Tapi tak tahulah kalau mulut je cakap susah. haha, tapi yelah time praktikal @ kerja memang lah senang, buat copycat je. hahaha. ni macam zaman study dulu, in manual. tak ke haruuu. hahaha. Yang mana aku yakin, aku buat lah. Yang mana rasa 50-50 pun aku tembak. yang mana aku rasa 20%100 tak berapa konfiden pun aku bantai goreng. hahahahhaa. 

SESI KETIGA : TEMUDUGA ; Bilik Mesyuarat Kapas, Pendaftar UMT

Sesi petang pulak. Kami selalu bersama jalan ramai-ramai. Sebab tak balik pun tengah hari tu sebab gap 2 jam je. Lepak Pusat Islam je with semua + family pengiring. thanks kakak. teman seharian.

First thing first, sesi register kehadiran + isi borang + kena buat satu name card untuk letak atas meja. Supposedly sesi start pukul 2.30 pm tapi 3pm baru start panggil group 1. Mula-mula nama untuk group 1 ada 4 orang, tup tup time nak masuk tu, dia tambah lagi sorang jadikan candidates group 1 adalah 5 orang and it's me ! hahaha, tak sempat cuak, tak sempat nerves, terus berjalan masuk ke bilik temuduga.

Ada 5 panel menanti. 3 panel lelaki & 2 panel perempuan. Yang sempat aku nampak, Panel pertama PENGERUSI (aku rasa dia dari Pejabat Pendaftar UMT), Panel kedua aku kenal which is wakil from PSNZ (Senior Deputy Chief Librarian), Panel ketiga dari Pejabat Pembangunan & Harta UMT, Panel keempat dari Pejabat Kewangan UMT & Panel ke5 aku tak nampak (and dia tak tanya banyak, dia lebihkan uruskan file, borang, panggil candidates masuk.)

Sesi temuduga berjalan selama 1 JAM ! HAHA Setiap seorang panel tanya 5 soalan, kira 5 orang x 5 soalan = lebih kurang 25 soalan ditanya kepada kami. Ada soalan pasal kewangan, ada soalan pasal perpustakaan, ada yang tanya pendapat, ada yang facts, ada yang disuruh jawab in English, ada yang in BM je. Thanks to other candidates sbb ada soalan yang mcm aku tak 'dpt' bila ditanya, tapi bila dgr idea dari candidates lain, aku dapat tangkap maksud soalan tu & aku dpt cari idea & dpt jawab hehe. Antara soalan yang ditanya :-

1. Peranan Pustakawan
2. Relevankah Pustakawan @ Library dizaman digital?
3. Apakah maksud & awk faham tentang Web 4.0
4. Apakah beza elektronik dengan digital resources
5. Apakah cabaran dalam kerja awak sekarang?
6. Apa pandangan awk tentang 'org awam lebih memilih untuk google@ internet berbanding ke perpustakaan?
7. Masih relevankan buku @ bahan perpustakaan di zaman sekarang?
8. Apa kaitan kewangan dengan dunia perpustakaan & pustakawan? penting?
9. Situasi :- awak diberi tugas menjadi seorang event manager, apa yang awk akan buat?
10. Apa yang awak tahu tentang isu semasa berkaitan perpustakaan di tahun 2020 ni?
-Yang ni semua macam krik krik terpengong dengar. HAHAA, aku ade terbaca satu article berkenaan Dekad Membaca Kebangsaan 2020, so aku bantai lah jawab tu kan (walau tak konfiden betul ke tak, daripada krik krik aku bantai goreng je..hahahahah) - kes soalan ni panel nasihatkan kami untuk banyakkan lagi membaca. hahahahahhaa.

Banyak lagi lah soalan-soalan dia. Tu je yang aku ingat. hahaha, basically berkisar tentang dunia library lah. 4 petang kami melangkah keluar dengan perasaan lega. Itulah pengalaman pertama aku. Terima kasih atas peluang.

PESAN AKU :-

Before you go to any kind of INTERVIEW, make sure you study first. The organizations, the job scope, the questions may be asked, google, read, study. Tak kisahlah orang cakap kau gigih ke ape. At least by doing that, you can build up your knowledge, your postive mindset.. or else, knowledge yang kau gain tu fresh lagi. Takdelah double gabra or tak konfiden sangat and senang sikit kau nak goreng sampai hangus. hahaa

Lagi satu, I hope that ada lagi insan-insan yang sudi tulis banyakkk lagi pengalaman diaorang pi temuduga untuk jawatan ni. Sedihhhhhh tau takk bila aku google, hanya satu-dua je yang jumpa. sedihhh takde rujukann hahahah.

Lastly, I hope that this entry will help those people yang akan ke temuduga bagi jawatan ni or yang berkaitan. And kepada yang dah lepas temuduga, hope rezeki ada bersama kita. Pray for me too. Tak mengharap tinggi, sebab ada yang lebih layak. Just pergi for gain experience and know the flow so next time, I'll be more prepared. Thank you.


3 February 2020,
1.08 pm,
Terengganu.