Sunday, October 13, 2019

Lelaki dan Memasak?

Image result for cooking.png



sumber: Google 



Satu pagi aku menemani emakku ke salah satu supermarket di Terengganu untuk membeli barang-barang dapur yang telah kehabisan. Kami beralih dari satu bahagian ke bahagian lain didalam supermarket itu untuk membuat pilihan. Sehingga tiba di bahagian bawang, sedang ralit aku memilih bawang merah :- sementara emakku sedang memilih bawang putih, datang a group of lelaki, muda. Mungkin baya aku? mungkin berbeza duatigatahun? aku tak tahu. Pada pandangan aku. Datang disebelahku dan turut sama memilih bawang merah. Kedengaran mereka bercakap-cakap diantara mereka. Tetapi aku tidak ambil peduli. Biasalah, semua nak membeli disitu.


Tiba-tiba aku terdengar suara emakku turut bercakap dengan mereka.

"Lelaki massok gok?" mak ku bertanya.
" Eh, mestilah. ingat perempuan je ke pandai masak? hehe" balas salah seorang daripada mereka.
" Biasalah, kami hidup berdikari, jauh. Kena lah pandai masak." tambah lagi seorang.
"Ohh, bakpe, duk mane belaka ni semua?" mak aku bertanya lagi.
"Duk jauh, tapi keje sini je. Biasalah, keje kapal."

Jeda.

"Doh awok semua pilih bawang guane2 je? tengok hok guane?" tanya mak ku lagi.
"Hahaha, kite main pilih je. Asal boleh kerat, sudoh. hahah" dia balas sambil gelak.
"Bukan mcm orang puang pilih, sutey sutey dia belek." tambah rakkan lagi.

Aku pun turut sama tergelak.
emakku menambah lagi "doh nok masok ape kekgi?"
"Hmm, harining kite nok masok ayam masok meroh."
Mak aku bertanya " tu je? cukup dok nok makan ramai-ramai ning?"
Dia membalas lagi "Ehh, cukup je. nok makan tgh hari nge malam je. Kekgi keje pulok. Banyok-banyok lauk kekgi kang dok habisang, dok pun dok tergi keje kekgi. hahahah"

Kami semua tergelak.

"Dakpelah kalu gitu gak. Selamat memasaklah ye." emakku membalas tanda pengakhiran percakapan.
Tiba-tiba salah seorang daripada mereka bertanya aku
"perlu timbang dulu ke ni?"
Pastu aku membalas
"hoo, gi dinung hor, timbang."

Tamat disitu.

Aku dan emakku berjalan lagi ke bahagian lain & banyak kali terserempak dengan mereka. Sehinggalah salah seorang daripada mereka menegur aku lagi

"eh, jumpa lagi kite.. macam nok masok bende sameee je...hehe"
Aku tak membalas, hanya tergelak sambil menuju ke arah emakku yang sedang memilih barang.

Waktu di kaunter pembayaran, mereka beratur lebih awal daripada aku & emak. Dari kejauhan, selepas mereka membayar, mereka tersenyum sambil melambai tangan kearah kami.

-THE END-


2018,
Terengganu.