Thursday, September 27, 2018

Jalan cerita hidup

"Permohonan tidak berjaya"
"Permohonan tidak berjaya"
"Permohonan tidak berjaya"

Aku membaca tiga baris ayat yang terpampang di screen laptop aku. Berulang kali aku baca sambil mengelipkan beberapa kali mataku. Berharap aku tersilap pandang. Tetapi, itulah kenyataan yang perlu aku hadapi. "Permohonan tidak berjaya" itu tertulis di TIGA jawatan yang aku mohon di satu organisasi. Organisasi yang sangat aku mengharapkan.

Beberapa bulan lepas, aku mengisi jawatan kosong yang baru diiklankan oleh organisasi tu. Aku sangat gembira melihat kekosongan jawatan tersebut, lagi-lagi apabila 3 daripada 4 jawatan yang ditawarkan itu bersangkut dengan ijazah aku. Selain daripada yang membuatkan aku happy, bukan sahaja kerana ia berkaitan dengan ijazahku, tetapi organisasi itu sangat berdekatan dengan rumahku.

Masih aku ingat, dahulu. Zaman aku masih lagi di sekolah menengah. Emak aku tahu minat aku suka membaca, menulis. Sehinggakan pada suatu hari, emak aku ada berkata "Senang cerita, kekgi adik apply keje sini. Senang. Minat ade, dekat pun dekat." . Ketika itu, aku hanya gelak kerana aku masih mentah & sungguh, tak fikir masa depan langsung!

Setelah 3 tahun lebih berusaha untuk mendapatkan segulung ijazah, aku cuba untuk 'mengintai' organisasi itu jika ada kekosongan, tapi TIADA. sehinggalah beberapa bulan lepas. Itulah antara sebab mengapa aku gembira & inginkan jawatan ini. Bukan jua hanya kerana ibuku, tetapi juga minat dan sememangnya keinginanku.

Saban hari, aku melayari website organisasi tersebut. Website untuk melihat status permohonan yang telah aku mohon. Sehingga beberapa minggu, status permohonanku bertukar daripada "permohonan baru" kepada "disenarai pendek". Hati aku gembira sangat-sangat! aku terus menunjukkan kepada kedua ibubapaku dan ahli keluarga. Ibuku mengucapkan alhamdulillah. Aku gembira melihat beliau gembira. Lagi tinggi harapanku untuk jawatan-jawatan tersebut. Lagi, saban hari aku melayari website tersebut, tetapi status itu terus berkekalan sehingga hari ini.

Cerita hari ini. Sedang aku ralit membaca salah satu buku yang ditulis oleh pengarang yang cukup terkenal sekarang ini. Penulis misteri, Teme Abdullah yang merupakan author yang telah disenarai sebagai salah satu author kegemaranku, Arkitek Jalanan. Aku teringat laptopku kehabisan batteri. Aku buat keputusan untuk charge. Tiba2, hatiku kuat untuk melayari website organisasi tersebut. 

Betapa sedih, remuk & down nya aku rasa tatkala melihat "Permohonan tidak berjaya" itu di ketiga-tiga jawatan yang aku mohon. Hatiku hancur. Harapanku musnah. Aku merasakan hariku gelap tiba-tiba. Aku tak tahu apa yang aku rasa. Aku kehilangan kata.


Sumber : Google

Aku terus turn off laptopku & menyambung pembacaanku. CRIT, itu chapter yang baru aku mula baca setelah status ku di organisasi itu diketahui. Dalam keadaan hatiku pilu, aku tersentak ketika membaca bait-bait ayat yang tersusun di chapter CRIT. Aku meneruskan pembacaan lagi, lagi dan lagi. Sedikit demi sedikit, kekecewaan aku berkurang.

Aku tersentak & tersedar dek kerana pembacaanku. Menggambarkan kesedihan, kekecewaan & rasa kekurangan watak Teme & Ahmad menyedarkan aku. Dalam otak aku terdetik "Kekecewaan & kepayahan diaorang lebih dari aku. Tapi, diaorang teruskan. Tak give up. Sedih? Ya. tapi diaorang bangkit. Hanya sekejap kekecewaan tu". Selain tu juga, dengan pembacaan aku tu, aku tersedar. Masih ramai lagi yang lebih kecewa dan kurang daripada aku. Ada yang tak mampu nak masuk Universiti pun. Sedangkan aku? hanya terlepas satu peluang pekerjaan disitu. Mungkin rezeki aku di lain. Macam kisah mereka berdua juga, kecewa di awal, di akhir. Allah bagi rezeki yg lebih baik. Nak tahu? kenalah try baca buku Arkitek Jalanan (bukan agen jualan buku ni ye. hehe)

"Kita jangan pernah membandingkan diri kita dengan orang yang atas daripada kita. Kita lihatlah siapa yang berada di bawah kita. Sesungguhnya, dengan cara itu, kita belajar apa itu SYUKUR."

Itu antara bait-bait kata semangat Ahmad kepada Sahabat baiknya, Teme didalam buku Arkitek Jalanan.

Buku Teme ni banyak memberi kata semangat kepada aku. Selain daripada chapter CRIT tu juga, antara part yang aku suka dalam buku tu adalah page 245-250 & 197-219 diantara page yang bagi aku sangat menyentuh jiwa aku. Kata semangat, kesedaran, kekuatan. Semua unsur diselitkan disitu. Bagi aku.

Terdetik untuk aku baca buku tu disaat hati aku sedikit kecewa. Mungkin, Allah nak bagi aku buka mata aku. Rezeki ni tak dapat, insyallah rezeki cara lain. berdasarkan kisah mereka berdua. Doakan aku.

Sumber : Google

Aku tak mahu mencoret panjang2. Cukup sekadar aku meluahkan sedikit. Berharap aku terus bangkit &  tak kecewa. Doakan aku juga ye. Insyallah, kita doa baik-baik, benda baik-baik akan datang kat kita ;)

"Jalan cerita hidup kita berbeza."

Khamis,
27 September 2018,
6.14 pm,
Terengganu,
Malaysia.

Sunday, September 23, 2018

UPSR 2018

Poster UPSR 2018

Ujian Penilaian Sekolah Rendah atau lebih dikenali sebagai UPSR sedang dijalankan bermula 20 September 2018 dan bakal berakhir pada 27 September 2018 ini. Di kesempatan ini, aku juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua murid-murid tahun 6 yang sedang dan bakal menduduki peperiksaan ini. Sesungguhnya, UPSR adalah pra-permulaan kepada perjalanan adik2 untuk menempuhi pelbagai lagi rintangan, pahit getir kehidupan. Berjaya UPSR? Tahniah & teruskan usaha adik2 untuk pendidikan akan datang. Gagal UPSR? Jangan berputus asa dan kecewa. Jika dah ada usaha, doa, tawakal tapi still tak dpt apa yang diinginkan, percayalah. Rezeki adik-adik ada pada masa akan datang. Kita tak tahu kan? Teruskan usaha, & jadikan ianya sebagai pembakar semangat, berserta cabaran untuk terus berusaha & berjaya dimasa akan datang. Percaya dengan perancangan Dia.

Aku masih ingat waktu aku UPSR dulu. Mungkin, tak delah semeriah adik2 zaman sekarang. Tapi, masih ingat seharian dari pagi sampai malam ade kelas, belajar belajar dan belajar. Alhamdulillah, walau tak dapat straight A, tapi aku masih bersyukur kerana keputusan aku masih lagi dalam kategori cemerlang & dpt sambung belajar ke peringat sekolah menengah & alhamdulillah, now dah habis degree dah pun. Perjalanan kita berbeza adik2. 

Tak mahu tulis panjang, sempena one of my nephew (anak buah sulong hehe) pun bakal start paper esok, 24 September 2018. So again, I wish all the best and good luck to all UPSR's 2018 candidates especially to my nephew yang bersekolah kat one of SK at Paka, Terengganu. Beside that, all the best jugak untuk semua murid2 tahun 6 2018. Moga adik2 dapat menjawab dengan baik. Insyallah.

(Sometime, rase sedih & sebak jugak bila my nephew call and ask doakan dia & solat hajat untuk dia. Sebak weh. Dia nak sangat dpt 6A, dari dulu dia cakap nak masuk IMTIAZ (you can google ape tu sekolah IMTIAZ) Yes, i'll pray for him, of course. Walau ditakdirkan tak dapat 6A pun, aku still doakan dia akan berjaya dunia & akhirat & jadi anak soleh.)

Weh, tengok generasi sekarang, dengan mcm2 unsur pelik2 Tiktok la apebende laa, buat aku takut fikirkan masa depan anak2 buah aku. Aku harap diaorang jadi anak2 yang soleh & solehah & terhindar daripada benda2 mcmtu. 

So, salah satu daripadanya, berdoa agar diaorang dapat belajar kat tempat yang elok2, basic agama semua. Bukan cakap sekolah biasa tak OK & tak mampu didik diaorang. But, entah. Aku pun tak tahu nk describe macamana. In my opinion, dengan masuk sekolah agama ni, at least surrounding diaorang dengan alquran & agama. Probabiliti untuk terdedah dengan benda2 tak elok tu kurang. Tapi ade je orang sekolah agama pun still terdedah dengan benda2 mcm tu. But, ikhtiar sebaik mungkin & berharap untuk perkara yang baik, tak salah kan?

Aku bercakap bukanlah kerana aku adalah produk dari sekolah agama, aku hanyalah insan yang dididik di sekolah rendah biasa. Sama macam semua orang, tapi berharap untuk yang lebih baik, tak salah kan? lagi sekali aku tanya soalan sama.

Maaf andai tersilap bicara. Moga yang baik-baik datang kepada kita & moga perkara2 yang buruk & tak menenangkan dijauhkan daripada kita. Aamiin.

Bukanlah kepakaran, cuma ia satu minat.

pssst.. sebenarnya nak buat untuk my nephew je, sekali dapat idea nak letak dalam ni. So, design dua. Satu yang kat atas, satu khas for my beloved nephew. Letak sekali gambar dia. Kasi dia semangat sikit. hehe. "Budak2 ni kadang suka rasa ada orang menghargai dia. Kadang, benda simple pada kita, tapi besar pada dia. Apa salahnya kan?"

Ahad,
23 September 2018,
4.20 pm,
Terengganu,
Malaysia.

Thursday, September 20, 2018

Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir Gred N41

Hari ini, 20  September 2018 bersamaan hari Khamis, merupakan tarikh untuk aku jalani Peperiksaan Online bagi memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir Gred N41, Pejabat S.U.K Negeri Terengganu. Ceritanya, bulan April 2018 ada jawatan kosong & sudah tentunya aku akan apply. Rezeki bulan September, aku terima Email untuk menjalani peperiksaan online harini.

Email


Tibalah detiknya. Harini, tepat jam 10.00 pagi, bermulalah sesi peperiksaan online itu. Kebetulan, kakak aku juga turut sama layak untuk menjalani peperiksaan ini. Jadi, kami berdua 'berkampung' kat rumah kami je. Walaupun harini hari kerja, tapi minta izin bos dulu untuk keluar pergi exam. hehe. Untung exam bersama kakak. Duatigaempat hari kami buat study group bersama. Salin nota, search sama-sama, try jawab soalan. Serious, aku rindu zaman aku study group bersama rakan-rakan seperjuangan dahulu kala.

Peperiksaan Online ini mempunyai dua bahagian atau dua Seksyen yang mengandungi 40 soalan objektif :-

Seksyen B :  Pengetahuan Am (10.00 pagi - 10.40 pagi)
Seksyen C : Daya Menyelesaikan Masalah (10.55 pagi - 11.40 pagi )



Seksyen B : Pengetahuan Am (Objektif)

Seksyen B : Pengetahuan Am (Peperiksaan Online)


Seksyen ni menyediakan berbagai soalan yang berbentuk Pengetahuan Am Tapi untuk peperiksaan kali ini, soalan lebih berkisarkan tentang Negeri Terengganu (aku tak tahu lah sebelum-sebelum ni soalan dia berbentuk macamana sebab ni merupakan kali pertama aku mengambil peperiksaan ni. hehe)

Nak tahu antara soalan dia? hmm. Diantara soalan2 dia, berkenaan Muzium Terengganu, Syarikat-syarikat under kerajaan Terengganu, Sultan, Menteri Besar & Tokoh Ulama Negeri Terengganu. Memang kesimpulannya, soalan-soalan dia memang banyak tentang negeri Terengganu. Alhamdulillah, aku berjaya menjawab kesemua soalan dia. Ada yang konfirm betul, ada yang was-was, ada jugak yang guna peluru. hehe. sempat jugak google, tanya kakak kikiki.


Seksyen C : Daya Menyelesaikan Masalah (Objektif)

Seksyen C : Daya Menyelesaikan Masalah (Peperiksaan Online)


Bagi seksyen C ini, soalan-soalan sangat menguji ketajaman dan kepantasan otak kita. Soalan2 matematik. Matematik tambahan, matematik biasa. Seriously, again. Aku banyak guna peluru. Tak sempat masa. Antara soalan2 dia adalah berkenaan pengiraan isipadu, jarak, keberangkalian, titik tengah, graf, xy xy tu & mcm mcm lagi. Hah, dah lama tak menjawab soalan2 tu. Formula pun dah lupa! hee.

Sebagai penutup bicara aku tentang Peperiksaan ini, aku mengharapkan terbaik buat diriku & juga kakakku. Semua yang mencuba, inginkan yang terbaik & mungkin dah buat yang terbaik. Tetapi, hanya Dialah penentu siapa yang lebih layak. Moga yang terbaik buat aku, kami & kita.


Khamis,
20 September 2018,
8.33 pm,
Terengganu,
Malaysia.

Tuesday, September 18, 2018

Peperiksan Memasuki Skim Perkhidmatan Gred N29

Fikirkan tentang masa depan kadang buatkan aku gerun, takut dan pening kepala. Aku, seorang pelajar lepasan ijazah sarjana muda yang bakal bergraduasi 2 bulan depan, yang masih lagi menganggur selama 9 bulan. Ya. Itu aku. Ramai yang mungkin pandang serong terhadap orang macam aku. Duduk, goyang kaki, menghabiskan masa. Sedangkan ramai & banyak peluang yang boleh aku ambil sementara menunggu pekerjaan tetap.

Sumber : Google

Aku tahu, aku juga merasakan itu, tetapi dibalik kata-kata itu, ada perkara yang aku anggap ianya adalah terbaik untuk jalan hidupku. Menganggur menunggu konvokesyen & pekerjaan tetap itu dapat mendekatkan diri aku dengan keluargaku, ibu bapaku. Selama ini, lebih 3 tahun setengah aku berjauhan dengan mereka. Cuti, berapa kali je dalam tiga bulan tu. Sebelum melanjutkan ke universiti, masaku dihabiskan disekolah. Dari pagi hingga petang. Hanya malam waktuku terluang untuk keluarga. Kadan aku terfikir, adilkah itu pada keluarga kita sedangkan itulah orang2 yang kita sayang? ya. Adat dunia. Aku tahu.

Jadi aku memilih untuk berbakti sedikit untuk kedua orang tuaku & keluarga. Kerja harianku, kemas rumah, sidai pakaian, lipat pakaian, bantu masak, beli keperluan rumah & sebagainya. Paling kurang mungkin dapat mengajar aku selok belok rumah tangga. Untuk aku juga dimasa depan.

Tidak ingin menulis panjang kerana ku tahu, aku bukanlah seorang yang pandai menyusun kata, mengukir cerita. Hanyalah omong dan pena kosong. Tujuan penulisanku kali ini hanyalah untuk berkongsi hariku. Hari ini.

17 September 2018, aku dipanggil untuk menghadiri satu peperiksaan bagi melayakkan diriku menjalani sesi temuduga bagi jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 di SUK Terengganu. Catatan aku, bulan 4 2018, aku memohon jawatan tersebut dan alhamdulillah, 5 bulan menanti, panggilan buatku.

Peperiksaan ini hanyalah sebagai ujian sebelum melayakkan diri calon menghadiri temu duga. Peperiksaan ini adalah peperiksaan pertamaku dalam mencari pekerjaan dalam hidupku. Moga yang terbaik untukku.

Peperiksaan Penilaian untuk memasuki Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu :

Mengandungi 2 Seksyen (Objektif) :-

Seksyen A : Pengetahuan Am (50 soalan)
Seksyen B : Kemahiran Berfikir dan Penguasaan Bahasa (50 soalan)

Tempat :-

Dewan Utama, Universiti Terengganu (UCSI) Kampus Bukit Khor, Marang

Waktu :-

9.00 pagi - 10.00 pagi : Kertas 1
10.30 pagi - 11.30 pagi : Kertas 2

Jadual Peperiksaan


Seksyen A : Pengetahuan Am

Kertas ini berkisarkan tentang Pengetahuan Am kita terhadap negara kita termasuklah juga tentang Negeri Terengganu (nama pun jawatan untuk SUK Terengganu kan) Soalan-soalan dia berkisarkan tentang ekomomi, politik, sosial, kerajaan negara, kerajaan negeri, sejarah negara, sejarah negeri.

Sebenarnya aku bersyukur sebab pernah melalui zaman tingakatan 6. Kerana tingkatan 6, aku mempunyai sedikit ilmu tentang Pengajian Am. Terima Kasih. (hehe) Bahan rujukan aku juga hanyalah buku-buku Pengajian Am aku semester 1 hinggalah semester 3. Alhamdulillah, ni paper yang aku agak nervous sebab aku ni bab-bab pengetahuan am ni macam kurang sikit. Alhamdulillah, waktu jawab kertas ni pun, ada soalan yang aku yakin, ada soalan yang aku confuse. Yang pasti, aku sempat menyemak jawapan & soalan kali kedua. Itu adalah perkara yang agak susah aku lakukan sepanjang aku pernah menjawab peperiksaan (mungkin masa cukup2 untuk aku jawab soalan & bukan semak balik jawapan aku) tolong jangan tiru gaya aku.

Nak tau soalan2 dia? (hehe) tau sangat. Soalan dia basically ada pasal Sejarah negeri terengganu,  Jata, bendera negeri terengganu, pasal perdana2 menteri Malaysia, pasal pilihanraya, DUN, Parlimen Malaysia. Haa, tulah sedikit sebanyak tentang soalan2 dia. (hehe)

Seksyen B : Kemahiran Berfikir dan Penguasaan Bahasa

Untuk kertas ini, sangat sangat sangatlah menduga diriku. Tengah khusyuk menjawab, terdengar pengunguman masa tamat. Aku lihat kertas jawapanku, baru suku daripada keseluruhan soalan aku jawab! aku pandang kiri kanan, kelihatan ramaiiii yang sedang rancak menghitamkan kertas jawapan dengan tergesa-gesa. Tanpa lengah, aku pun turut sama membuat seperti itu. Dalam hati "daripada tinggal kosong, baik lorekkan aje, untung2 ada yang betul"

Serious, soalan-soalan dia  matematik yang memerlukan pengiraan TAPI tanpa kalkulator (aku dah cuak bila lihat ramai calon yg bawa kalkulator. Mujur, pengunguman penggunaan kalkulator tidak dibenarkan.) Soalan dia ada yang pakai logik, tetapi mungkin diriku lambat pick up, kalau tak takdelah aku guna peluru banyak sangat. kah! mohon jangan tiru gaya aku.

Suasana dalam dewan peperiksaan

So, tamatlah sudah peperiksaan ini. Lepas ni tunggu panggilan temu duga. Aku, sama seperti calon lain, datang dengan harapan, selainnya berserah padaNya dengan jalan takdir yang telah tertulis. Moga yang terbaik berpihak padaku. Aamiin.

Ya, kuntuman bunga melebihi kumbang berterbangan.

Click link ini untuk pautan ke official website negeri Terengganu & SUK Terengganu :-



Selasa.
18 September 2018,
3.09 pm,
Terengganu,
Malaysia.

Thursday, September 13, 2018

Pengenalan Tinta Kedua

Hari kedua Tinta Seorang Insan Kerdil,
Harini aku bertekad untuk menceritakan sedikit sebanyak tentang apa itu Tinta Seorang Insan Kerdil. Ku mengharapkan agar sedikit pengenalan ini dapat dijadikan sebagai mukaddimah-mukaddimah di permulaan penulisan.

13 September 2018 merupakan tarikh 'lahir' Tinta Seorang Insan Kerdil. Tinta Seorang Insan Kerdil ini bakal ku tulis untuk menzahirkan apa yang terjadi di dalam kehidupanku seharian. Ya, sebelum ini di blog pertamaku juga berkisarkan tentang kehidupanku tetapi dengan aura yang lebih santai atau berbentuk diari harian dan lebih terbuka untuk pembacaan. Tetapi, Tinta Seorang Insan Kerdil, aku mengharapkan aku boleh menjadikkan ia medium perkongsian dan penceritaan yang lebih terbuka & seperti yang aku cakap, lebih matang. haha

Mengapa Tinta Seorang Insan Kerdil?
Ya, itu melambangkan diri aku.
Penulisan seorang insan yang sungguh kerdil. Kerdil pada-Nya, kerdil pada pandangan diriku.
Kerdil bukanlah didefinisikan sebagai yang zahiriah, tetapi kerdil yang mempunyai pelbagai makna.
Aku bukanlah insan sempurna, banyak cacat cela. Mungkin pada pandangan mata manusia-manusia, aku adalah insan sempurna. TETAPI, bagiku. Aku tiada apa yang sempurna.

Akhlak? tidak sempurna.
Rupa? Tiada mana.
Agama? masih jahil dan bertatih.

Malah, ramai yang lebih sempurna dariku, insan yang kerdil ini.
Tapi ia bukan melemahkan, tetapi ia adalah sumber kekuatanku. Mungkin.

Inspirasi untuk penulisan ku ini?

Semenjak aku kenal seorang TEME ABDULLAH (anda kenal?- boleh cuba google or usha ig dia or blog dia Temetemeteri) Aku merasa tertarik dengan perwatakan dan penceritaan insan itu. Dia merahsiakan identitinya, penulisannya yang santai tetapi kelihatan matang, kisah hidup nya yang penuh liku dan bahagia. Itu menjadikan aku tertarik untuk cuba menulis tetapi dengan cara yang kelihatan berbeza walaupun diriku masih insan yang sama.

Dialah, insan pertama, blogger pertama yang aku follow bagi Tinta Seorang Insan Kerdil & merupakan insan pertama diletakkan dalam bloglist ku. Insyallah, masih mencari insan-insan lain yang menulis, tetapi merahsiakan identitinya. Aku suka.

Dahulu, Encik Mimpi. Tetapi, itu tak buatkan aku tertarik untuk menulis di blog baru. Mungkin kerana Encik Mimpi seorang penyanyi dan bukanlah kepakaran dan minatku untuk bernyanyi. Lain dengan Teme Abdullah. Menulis, itu minat aku. Melukis, itu makanan mataku. Menyanyi, itu sedikit habuan telingaku. Pakej cukup lengkap bagi seorang aku.

Aku seorang yang suka bercerita tetapi aku bukanlah seorang pencerita yang bagus. Maaf, andai penulisanku annoyingkan korang. 

Aku bukanlah sesiapa, maka kupendekkan penulisanku ini.
Terima Kasih.

Bukanlah kepakaranku, cuma minatku. Maka terhasillah.

14 September 2018,
10.03 pagi,
Terengganu,
Malaysia.

Wednesday, September 12, 2018

Tinta pertama insan yang kerdil.

sumber : Google

Harini, mulakan penulisanku yang baru, dilaman yang baru. Diharapkan dapat menunjukkan sedikit kematangan dalam penulisan disamping menceritakan pengalaman hidup dan perkongsian pendapat. Ku tidak mengharapkan ada yang menantikan penulisanku, cuma ku harap penulisan ku ini dapat melengkapi sisa terluangku disamping mengisi minatku, menulis.

Blogku yang dahulu, akan ku simpan sebagai kenangan perjalanan hidupku yang lepas. Kini, In-Sya-Allah, ku menulis lagi tapi dengan cara yang mungkin agak matang. Ku cuba terdaya mungkin. Maaf andai diri ini lebih dalam berkata, tetapi lain yang terjadi. Ku hanyalah seorang insan yang kerdil. Bersesuaian dengan nama blogku kali ini :- Tinta Seorang Insan Kerdil.

Diriku, tiada apa yang sempurna, tiada apa yang lebih. Insan sama dengan setiap orang, melangkah perit getir suka duka hidup. Sungguh, aku tidak lah sesempurna insan lain pada mata kasarku, itu yang ku lihat pada diriku.

Kecantikkan?
Tiada.
Kebijakkan?
Tidak.
Kesempurnaan?
Jauh sekali.

Tetapi, aku bersyukur dengan diriku. Aku menghargai tiap orang sekelilingku yang tidak pernah bosan dan jemu hadir dalam diriku. Maaf andai diriku ada tersilap terkasar padamu, wahai insan disekelilingku.

Penutup bicara,
moga diriku bisa menghasilkan penulisan seperti inginku.