Sunday, February 24, 2019

Pesta Buku PPAT 2019

Pesta Buku Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) 2019 sedang berlangsung di pekarangan PPAT bermula pada hari ini (23 Februari 2019) sehingga 2 Mac 2019. Pesta buku ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar pada pagi tadi jam 12 tengah hari di Dewan Teater PPAT.

Sumber : Facebook Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT)

Di kesempatan, sempat juga aku mengunjungi tapak Pesta Buku tadi, kebetulan waktu perasmian. Suasana sangat sangat meriah dengan kunjungan tetamu kehormat, tetamu jemputan & juga pengunjung yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur, jantina, dan bangsa. Ada juga rombongan-rombongan sekolah. (Murid dan guru pengiring).

Jualan buku serendah RM1, novel-novel sebuah hanya RM10, buku-buku pelbagai genre, publisher, penulis, jualan-jualan barangan lain seperti pewangi, cenderamata, keychain, tak lepas pelbagai food truck yang disediakan. Sangat berbaloi dan berpuas hati. Aku pun tak lepas dari turut sama memeriahkan suasana, sempat borong dua buah buku & juga menikmati jualan-jualan makanan minuman di situ. (ais krim best oii! hheh)


Gambar Sekitar Pesta Buku PPAT 2019 yang sempat dirakam

Pelbagai lagi aktiviti dan pertandingan menarik yang telah dijadualkan dan bakal diadakan sepanjang pesta buku ini berlangsung. Antaranya, Sembang Santai bersama Ustaz Azhar Idrus, Bicara Buku bersama YB Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor, busking, wayang pacak, Pertandingan Mewarna, Jigsaw Puzzle Challenge, Pertandingan Snap, Share & win dan bermacam-macam lagi.


Sumber : Facebook Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT)

So, kepada penduduk NEGERI TERENGGANU terutamanya, bolehlah beramai-ramai datang dan memeriahkan suasana Pesta Buku PPAT 2019 ! Ayuhhh, jadikan amalan membaca budaya kita. Bawa anak-anak, rakan-rakan, ahli keluarga, pelajar & semua ke sana ! jangan lepaskan peluang ini.  Inilah masa untuk mendedahkan anak-anak, pelajar-pelajar, & generasi muda sekarang dengan budaya membaca dengan mengunjungi pesta buku seperti ini. Bawalah mereka untuk membuka mata, minda dan jiwa mereka dengan dunia MEMBACA, dan terokai ilmu pengetahuan. MEMBACA JAMBATAN ILMU.

Untuk mengetahui aktiviti-aktiviti & update terkini Pesta Buku PPAT 2019 ini, anda bolehlah layari Facebook official PPAT & laman web rasmi PPAT :-






cepaaat, cepattt ! :)
Selamat berkunjung ke PestaBukuPPAT2019 ! :)

23 Februari 2019,
5.10 pm,
Perkarangan Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu,
Terengganu,
Malaysia.

No comments:

Post a Comment