Thursday, September 13, 2018

Pengenalan Tinta Kedua

Hari kedua Tinta Seorang Insan Kerdil,
Harini aku bertekad untuk menceritakan sedikit sebanyak tentang apa itu Tinta Seorang Insan Kerdil. Ku mengharapkan agar sedikit pengenalan ini dapat dijadikan sebagai mukaddimah-mukaddimah di permulaan penulisan.

13 September 2018 merupakan tarikh 'lahir' Tinta Seorang Insan Kerdil. Tinta Seorang Insan Kerdil ini bakal ku tulis untuk menzahirkan apa yang terjadi di dalam kehidupanku seharian. Ya, sebelum ini di blog pertamaku juga berkisarkan tentang kehidupanku tetapi dengan aura yang lebih santai atau berbentuk diari harian dan lebih terbuka untuk pembacaan. Tetapi, Tinta Seorang Insan Kerdil, aku mengharapkan aku boleh menjadikkan ia medium perkongsian dan penceritaan yang lebih terbuka & seperti yang aku cakap, lebih matang. haha

Mengapa Tinta Seorang Insan Kerdil?
Ya, itu melambangkan diri aku.
Penulisan seorang insan yang sungguh kerdil. Kerdil pada-Nya, kerdil pada pandangan diriku.
Kerdil bukanlah didefinisikan sebagai yang zahiriah, tetapi kerdil yang mempunyai pelbagai makna.
Aku bukanlah insan sempurna, banyak cacat cela. Mungkin pada pandangan mata manusia-manusia, aku adalah insan sempurna. TETAPI, bagiku. Aku tiada apa yang sempurna.

Akhlak? tidak sempurna.
Rupa? Tiada mana.
Agama? masih jahil dan bertatih.

Malah, ramai yang lebih sempurna dariku, insan yang kerdil ini.
Tapi ia bukan melemahkan, tetapi ia adalah sumber kekuatanku. Mungkin.

Inspirasi untuk penulisan ku ini?

Semenjak aku kenal seorang TEME ABDULLAH (anda kenal?- boleh cuba google or usha ig dia or blog dia Temetemeteri) Aku merasa tertarik dengan perwatakan dan penceritaan insan itu. Dia merahsiakan identitinya, penulisannya yang santai tetapi kelihatan matang, kisah hidup nya yang penuh liku dan bahagia. Itu menjadikan aku tertarik untuk cuba menulis tetapi dengan cara yang kelihatan berbeza walaupun diriku masih insan yang sama.

Dialah, insan pertama, blogger pertama yang aku follow bagi Tinta Seorang Insan Kerdil & merupakan insan pertama diletakkan dalam bloglist ku. Insyallah, masih mencari insan-insan lain yang menulis, tetapi merahsiakan identitinya. Aku suka.

Dahulu, Encik Mimpi. Tetapi, itu tak buatkan aku tertarik untuk menulis di blog baru. Mungkin kerana Encik Mimpi seorang penyanyi dan bukanlah kepakaran dan minatku untuk bernyanyi. Lain dengan Teme Abdullah. Menulis, itu minat aku. Melukis, itu makanan mataku. Menyanyi, itu sedikit habuan telingaku. Pakej cukup lengkap bagi seorang aku.

Aku seorang yang suka bercerita tetapi aku bukanlah seorang pencerita yang bagus. Maaf, andai penulisanku annoyingkan korang. 

Aku bukanlah sesiapa, maka kupendekkan penulisanku ini.
Terima Kasih.

Bukanlah kepakaranku, cuma minatku. Maka terhasillah.

14 September 2018,
10.03 pagi,
Terengganu,
Malaysia.

No comments:

Post a Comment