Tuesday, September 18, 2018

Peperiksan Memasuki Skim Perkhidmatan Gred N29

Fikirkan tentang masa depan kadang buatkan aku gerun, takut dan pening kepala. Aku, seorang pelajar lepasan ijazah sarjana muda yang bakal bergraduasi 2 bulan depan, yang masih lagi menganggur selama 9 bulan. Ya. Itu aku. Ramai yang mungkin pandang serong terhadap orang macam aku. Duduk, goyang kaki, menghabiskan masa. Sedangkan ramai & banyak peluang yang boleh aku ambil sementara menunggu pekerjaan tetap.

Sumber : Google

Aku tahu, aku juga merasakan itu, tetapi dibalik kata-kata itu, ada perkara yang aku anggap ianya adalah terbaik untuk jalan hidupku. Menganggur menunggu konvokesyen & pekerjaan tetap itu dapat mendekatkan diri aku dengan keluargaku, ibu bapaku. Selama ini, lebih 3 tahun setengah aku berjauhan dengan mereka. Cuti, berapa kali je dalam tiga bulan tu. Sebelum melanjutkan ke universiti, masaku dihabiskan disekolah. Dari pagi hingga petang. Hanya malam waktuku terluang untuk keluarga. Kadan aku terfikir, adilkah itu pada keluarga kita sedangkan itulah orang2 yang kita sayang? ya. Adat dunia. Aku tahu.

Jadi aku memilih untuk berbakti sedikit untuk kedua orang tuaku & keluarga. Kerja harianku, kemas rumah, sidai pakaian, lipat pakaian, bantu masak, beli keperluan rumah & sebagainya. Paling kurang mungkin dapat mengajar aku selok belok rumah tangga. Untuk aku juga dimasa depan.

Tidak ingin menulis panjang kerana ku tahu, aku bukanlah seorang yang pandai menyusun kata, mengukir cerita. Hanyalah omong dan pena kosong. Tujuan penulisanku kali ini hanyalah untuk berkongsi hariku. Hari ini.

17 September 2018, aku dipanggil untuk menghadiri satu peperiksaan bagi melayakkan diriku menjalani sesi temuduga bagi jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 di SUK Terengganu. Catatan aku, bulan 4 2018, aku memohon jawatan tersebut dan alhamdulillah, 5 bulan menanti, panggilan buatku.

Peperiksaan ini hanyalah sebagai ujian sebelum melayakkan diri calon menghadiri temu duga. Peperiksaan ini adalah peperiksaan pertamaku dalam mencari pekerjaan dalam hidupku. Moga yang terbaik untukku.

Peperiksaan Penilaian untuk memasuki Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu :

Mengandungi 2 Seksyen (Objektif) :-

Seksyen A : Pengetahuan Am (50 soalan)
Seksyen B : Kemahiran Berfikir dan Penguasaan Bahasa (50 soalan)

Tempat :-

Dewan Utama, Universiti Terengganu (UCSI) Kampus Bukit Khor, Marang

Waktu :-

9.00 pagi - 10.00 pagi : Kertas 1
10.30 pagi - 11.30 pagi : Kertas 2

Jadual Peperiksaan


Seksyen A : Pengetahuan Am

Kertas ini berkisarkan tentang Pengetahuan Am kita terhadap negara kita termasuklah juga tentang Negeri Terengganu (nama pun jawatan untuk SUK Terengganu kan) Soalan-soalan dia berkisarkan tentang ekomomi, politik, sosial, kerajaan negara, kerajaan negeri, sejarah negara, sejarah negeri.

Sebenarnya aku bersyukur sebab pernah melalui zaman tingakatan 6. Kerana tingkatan 6, aku mempunyai sedikit ilmu tentang Pengajian Am. Terima Kasih. (hehe) Bahan rujukan aku juga hanyalah buku-buku Pengajian Am aku semester 1 hinggalah semester 3. Alhamdulillah, ni paper yang aku agak nervous sebab aku ni bab-bab pengetahuan am ni macam kurang sikit. Alhamdulillah, waktu jawab kertas ni pun, ada soalan yang aku yakin, ada soalan yang aku confuse. Yang pasti, aku sempat menyemak jawapan & soalan kali kedua. Itu adalah perkara yang agak susah aku lakukan sepanjang aku pernah menjawab peperiksaan (mungkin masa cukup2 untuk aku jawab soalan & bukan semak balik jawapan aku) tolong jangan tiru gaya aku.

Nak tau soalan2 dia? (hehe) tau sangat. Soalan dia basically ada pasal Sejarah negeri terengganu,  Jata, bendera negeri terengganu, pasal perdana2 menteri Malaysia, pasal pilihanraya, DUN, Parlimen Malaysia. Haa, tulah sedikit sebanyak tentang soalan2 dia. (hehe)

Seksyen B : Kemahiran Berfikir dan Penguasaan Bahasa

Untuk kertas ini, sangat sangat sangatlah menduga diriku. Tengah khusyuk menjawab, terdengar pengunguman masa tamat. Aku lihat kertas jawapanku, baru suku daripada keseluruhan soalan aku jawab! aku pandang kiri kanan, kelihatan ramaiiii yang sedang rancak menghitamkan kertas jawapan dengan tergesa-gesa. Tanpa lengah, aku pun turut sama membuat seperti itu. Dalam hati "daripada tinggal kosong, baik lorekkan aje, untung2 ada yang betul"

Serious, soalan-soalan dia  matematik yang memerlukan pengiraan TAPI tanpa kalkulator (aku dah cuak bila lihat ramai calon yg bawa kalkulator. Mujur, pengunguman penggunaan kalkulator tidak dibenarkan.) Soalan dia ada yang pakai logik, tetapi mungkin diriku lambat pick up, kalau tak takdelah aku guna peluru banyak sangat. kah! mohon jangan tiru gaya aku.

Suasana dalam dewan peperiksaan

So, tamatlah sudah peperiksaan ini. Lepas ni tunggu panggilan temu duga. Aku, sama seperti calon lain, datang dengan harapan, selainnya berserah padaNya dengan jalan takdir yang telah tertulis. Moga yang terbaik berpihak padaku. Aamiin.

Ya, kuntuman bunga melebihi kumbang berterbangan.

Click link ini untuk pautan ke official website negeri Terengganu & SUK Terengganu :-



Selasa.
18 September 2018,
3.09 pm,
Terengganu,
Malaysia.

No comments:

Post a Comment