Tuesday, December 3, 2019

Jual Mahal vs Jual Murah


Barang, haiwan, atau anything yang kita NAK BELI, of course, kita look dia punya PRICE. ada yang JUAL MAHAL, ade yang JUAL MURAH kan? but, there are billions of reasons why certain things have different prices. agree?

Macam tu jugak topic yang bakal aku ungkap kan pada malam ini (based on my observation & opinion lah)

Topik aku malam ni adalah pasal SESEORANG yang bergelar MANUSIA (but biasanya org akan fokuskan kat PEREMPUAN lah kan bila bercakap tentang JUAL MAHAL ni) but depends, aku cakap secara umum. Mungkin melibatkan diri anda, perempuan mahupun lelaki.

Pandangan netizen & juga sejak turun temurun lagi kita dah terkenal dengan any kinds of statement yg ala-ala "SEORANG PEREMPUAN, KITA HARUS JUAL MAHAL TERHADAP LELAKI". Kebiasaannya, merujuk kepada topik "JODOH", "PASANGAN" dan seangkatan dengannya. 

Ok, meh aku bagi satu gambaran. Seorang perempuan dikatakan should JUAL MAHAL sikit if ade lelaki cuba dia. Cuba disini merujuk kepada 'ingin berkenalan' agar nampak mahal & tak gedik or desperate. kan? agree? so, bila a girl acah-acah jual mahal, takdelah nampak mudahhh sgt, so disitu girl tu pun boleh menilai kesungguhan that guy samada betul-betul nekad nak try lagi lagi dan lagi or terus give up.

FOR ME, YES, they should do like that ! tu if follow pemikiran aku, sebab betullah kan, it can make us betul2 konfiden yang si lelaki tu bersungguh-sungguh ngan kita & tak buatkan kita nampak too desperate. 

BUT, as for myself, ye kadang mmg ade jugak acah-acah try mcm tu & I jugak selalu ask my friend punye opinions or their sharing's about this matters and their feedback like..... 

"kalu org comei, boleh lah buat camtu..."
"kite ni takde orang yg berkenan, kalau dah ade sorang, kan buat jual mahal, terlepas..susah pulak nak dapat yang lain"
"yelah, mmg perlu pun jual mahal, tapi tu lah, bila dah tengok rakan2 dah kahwin, bertunang, kita masih lagi single, kalau jual mahal jugak, kan orang lain dah dpt cucu, kita baruu kelip kelip nak kahwin..haha"


sumber : google

and macam-macam lagi lah jawapan yang aku dapat. Ya, aku setuju jugak dengan diaorang. Sebab aku sendiri pun mengalami masalah dan merasai apa yang mereka rasa. 

So, from that aku buat kesimpulan that ;

perempuan (or lelaki) memang perlu jual mahal. Tapi, tgk keadaan lah kan. Kalau kau kuat and percaya dengan diri korang, korang boleh teruskan. Tapi kalau macam 50-50, nak teruskan pun ok je. Percaya dengan takdir. Allah dah cakap kan "Dia menciptakan kita berpasang-pasang" so don't worry, keep praying that someday there is a guy (or girl) that will accept you, your strength, your weakness.

Tapi IF, if you taknak mana JUAL MAHAL, PLEASEEEEEEEE sgt sgt sgt jangan terlampau MUDAH. ya, MUDAH & SENANG. Itu pun bahaya jugak. ada bad side and good side. So we need to trust ourself and berhati hati juga sometime. Zaman sekarang kan, kita tak tahu. Sedangkan orang rapat sekeliling kita pun boleh mempergunakan & mempermainkan kita, ni kan orang yang baru nak kita kenal (or nak jadikan pasangan)


Biasanya, kes-kes macam ni berlaku pada girl yang tak konfiden dengan diri dia. I mean dari segi kecantikkan, perangai dia, perwatakan, pemakaian dan lain-lain lagi. Dia merasakan tak konfiden and orang lain lagi better dari dia, so dia mcm down, takde semangat, so dia pun mula cakap "tak perlu jual mahal sgt, kang tak laku." ye, tu juga pernah aku rasa. AND bila aku rasa down macam tu, aku terus ingatkan diri aku "weh, tu dah tak macam bersyukur!" and aku akan jadi positive balik so, yeah. thats me.

Akhir kalam, maaf andai terkasar bahasa, terguris perasaan. Cuma perkongsian dan pandangan diri.

3 Disember 2019,
11.52 pm,
Terengganu.

No comments:

Post a Comment