Setiap orang pasti merasakan perpisahan. Perpisahan itu menyakitkan walau kadang hanya sementara. Tapi yang lebih menyakitkan itu adalah perpisahan yang hakiki, kekal abadi. Adakah engkau pernah merasai perpisahan? jika tidak, engkau mungkin tak akan memahami. Jika pernah, kau tahu betapa peritnya hatimu.
Perpisahan boleh berlaku pada semua maklukNya. Manusia, haiwan dan mungkin juga makluk lain. HARINI, Aku turut merasakan kehilangan buat sekian kalinya. Perpisahan HAKIKI. Perpisahan antara dunia dan alam kekal. Walaupun dirinya hanyalah perpisahan antara diriku dan HAIWAN yang bernama KUCING. Ya , kepada pemilik yang bernama KUCING, anda pasti merasaai betapa peritnya perpisahan itu. Melihat kesayangan bertarung nyawa, melihat kesayangan menutupkan mata, melihat kesayangan kekerasan dek kerana roh tiada dalam jasad. Ia sama sahaja dengan manusia, cuma membezakan hanyalah perkataan 'MANUSIA' dan 'KUCING'.
11 NOVEMBER 2019.
Genap setahun aku meraikan hari konvoku. Paginya ku gembira akan kenangan tersebut. Petangnya aku BERDUKA dengan apa yang ku lihat di depan mataku.
Salah seekor dari KUCING KESAYANGANKU, dijumpai mati di belakang rumah aku. Apa yang lebih membuatkan aku terkesima, terkelu adalah petang semalam, sedang asyik aku memanjakan diri dengan kereta akak aku, si dia turut bersama. MANJA. TERLAMPAU MANJA denganku. Tidak lepas kakiku diraihnya.
Ya, sememangnya dia sangat sangat sangat manja denganku. Pantang mendengar suaraku, dia bergegas datang, lalu merebahkan dirinya atas kakiku. Setiap petang, aku akan 'berkebun' di belakang rumahku, dia akan setia menemaniku, aku kehulu kehilir menyiram pokok, dia ikut. Tetapi, aku merasakan juga petang itu, terlampau manja. Ku sedapkan hati dan biasakan kata-kata fikiranku, "biasalah dia macam ni.." TAPI, Mungkin tu alamat dan ucapan perpisahan dia kepadaku (sebak.) *tipulah air mata tak mengalir.
Untuk pengetahuan, dia seekor kucing yang sangat ISTIMEWA. Dia seekor kucing istimewa dimana dia tidak dapat mengeluarkan suaranya. Sehingga dua bulan sebelum pemergiannya, suaranya kedengaran walaupun perlahan. Dia juga pernah HILANG TANPA JEJAK selama 7BULAN. Sewaktu dia PULANG, setelah 7 bulan, aku TERKEJUT ! Pulangnya tanpa perubahan, badan maintain, manja, maintain. ALHAMDULILLAH, dia kekal sehingga detik-detik akhir hidupnya.
Sekian saja nukilanku tanda peringatan kepada si dia yang aku sayang. Moga dirimu sentiasa mengingatiku.
Nyet dalam kenangan
Terima kasih kerana pernah hadir menghilangkan stressku, menenangkanku dengan ngeowman sepimu, menyantuniku dengan kemanjaanmu. Sesungguhnya, ku merindu.
Nyet.
17 November 2019,
3.14 pm.
Rumah,
Terengganu.
No comments:
Post a Comment