Wednesday, October 17, 2018

Pameran Artifak Rasulullah S.A.W & Sahabat

Baru-baru ni, aku berkesempatan untuk mengunjungi satu pameran yang diadakan di Terengganu Trade Center or lebih dikenali as TTC for penduduk negeri Terengganu. Pameran Artifak Rasulullah S.A.W & Sahabat itu berlangsung lebih kurang SATU BULAN iaitu dari 23 September 2018 sehingga 22 Oktober 2018, iaitu 5 hari lagi berbaki. Sedikit info tentang pameran tersebut :-

PAMERAN ARTIFAK RASULULLAH S.A.W & SAHABAT
Tempat : Terengganu Trade Center (TTC) , kuala
Bayaran : RM 5 (kanak-kanak) & RM 10 (dewasa)
Waktu : 10.00 pagi - 10.00 malam

Sewaktu aku pergi lepas solat jumaat. Dalam pukul 3.30 petang. Waktu aku keluar, Ya Allah panjang gila orang beratur nak beli tiket. Alhamdulillah.

Sewaktu aku memasuki entrance. Petugas memberitahu setiap pengunjung untuk banyakkan berselawat. Aku berjalan dari satu artifak ke artifak yang lain. Tangan sempat merakam beberapa keping gambar. Perasaan? sungguh. Bercampur. Sebak ada, kagum ada, sedih ada, sungguh. Perasaan bercampur baur.

Sebak, perasaan tu hadir tanpa aku jemput. Lihat je pameran-pameran tersebut, hatiku tiba tiba je terasa sebak. Kagum, cuba bayangkan artifak-artifak tersebut wujud semenjak zaman Nabi lagi. Hingga sekarang. YA SEKARANG.  Sedih? sebab hati aku memuji Nabi Muhammad & Sahabat, rasa takjub, rasa sebak tapi dalam masa sama aku fikir, amalan ku sebiji butir sawi pun tak cukup & rasa malu bila menghadap artifak2 milik baginda. Sungguh, bukan aku cuba nak kelihatan rendah diri. tapi tu perasaan aku ketika aku datang ke situ. Aku bayangkan, tak sampai depan Ka'abah lagi, perasaan sebak dah datang. AKu terfikir, "agak agak inilah perasaan bila org cakap akan sebak bila berhadapan dengan Kaa'aabah"

Kelihatan ada makcik-pakcik yang berjuraian air mata.
Ada kanak-kanak yang sibuk bertanya soalan kepada ibubapa masing masing.
"ape tu bu?" "abahhh, besarnya kaki nabi" & macam macam lagi soalan yang kedengaran.

Pengunjung mula memenuhi. Itu pun buat aku rasa syukur, sesungguhnya, di akhir zaman, di waktu tika ini masih ramai yang masih berminat & tertarik untuk mengunjungi pameran macamni. Hati aku lega. Alhamdulillah, moga Allah terus memberi sinar keislaman & kesedaran kita rakyat Malaysia tentang agama kita, ISLAM walaupun di zaman sekarang banyak dugaan hiburan yang melebihi.

Aku taknak berceloteh panjang, sekadar berkongsi pengalaman dan rasa. Di kesempatan ni, kepada rakyat Terengganu (yang masih belum pergi) & kepada penduduk luar Terengganu , jangan lepaskan peluang ni.(aku bukanlah promoter, aku bukanlah staff yang mengendalikan pameran ini, tapi aku hanyalah insan biasa yang ingin berkongsi rasa yang sama dengan mengunjungi pameran ini)

Meh aku share sikit ape je ade kat dalam pameran tu. Awak semua boleh tengok,

Artifak : Capal, Foot Print & Rambut Baginda Rasulullah S.A.W

'Makam', Serban, Tanah Makam & Tongkat Baginda Rasulullah S.A.W

Selain artifak-artifak Rasulullah S.A.W, artifak berkenaan Sahabat2 baginda, Isteri-isteri baginda pun ada.

Manuskrip asal Al-Quran, Bekas Kemenyan, Baju Perang Sahabat baginda, Bekas

Pedang-pedang Baginda Rasulullah S.A.W , sahabat baginda sewaktu perang.

Menakjubkan ? gambar tidak dapat menggambarkan mata kasar kita melihat. Lagi kita dapat merasai sesuatu artifak & peninggalan itu apabila kita dapat melihat sendiri, menilik, memerhati & menkagumi sejarah. Wallahualam.

Rabu,
17 Oktober 2018,
4.18 p.m,
Terengganu,
Malaysia.

No comments:

Post a Comment