Monday, October 8, 2018

Kejohanan Bola Baling : Piala Guru Besar SKKB 2018

Minggu lepas, Sabtu (29 Ogos 2018) . Aku ada join satu aktiviti sekolah dalam Kejohanan Bola Baling Piala Guru Besar SK Kuala Berang (SKKB). Sebenarnya, hantar budak je. (and sesaja acah photographer, snap gambar sini sana suka suki. hehe) Kami konvoi dari sekolah (Kuala Terengganu) ke SKKB (Kuala Berang). Tiga buah kereta, 12 orang pemain bola baling sekolah (L11). Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit. 

Kejohanan Bola Baling Piala Guru Besar SKKB

Sampai je kat sana. Suasana dah meriah. Dah ramai pemain-pemain & jurulatih bersama guru pengiring yang datang. Kami terus berjalan menuju ke padang (Court) sbb group lelaki akan berlawan di kawasan court manakala group perempuan akan bermain diatas padang. Walau cuma bersebelahan.

Perlawanan bermula. Padang gawat dengan tiupan wisel dari para penjaga line & juga pengadil bergabung dengan gema tempikan & teriakkan suara-suara para coach memberi arahan, ditambah suara-suara sokongan dari setiap penyokong perlawanan. Itu suasana yang biasa kita dengar di padang tika perlawanan dilangsungkan walau panas mentari menerjah kulit-kulit kami. Boleh bayangkan? Tapi, it's better panas dari hujan. Kami bersyukur dengan cuaca pada hari itu.

Suasana ketika perlawanan berlangsung

Jadual perlawanan sepatutnya direhatkan waktu tengah hari untuk memberi laluan lunch time & solat. Tapi, disebabkan cuaca yang makin mendung & kebiasaannya kawasan tersebut hujan lebat disebelah petang, maka perlawanan diteruskan & berakhir awal daripada jadual sebenar.

Perlawanan pertama, team kami menang.
Perlawanan kedua, team kami menang.
Perlawanan Ketiga, team kami menang, seterusnya melayakkan team kami ke peringkat akhir.

Bersama pemain & Jurulatih Pasukan | Separuh Akhir L11

Bersama Pemain, Jurulatih & Pengadil | Akhir L11

Makin dekat perlawanan akhir, makin sorakkan bergema. Hati berdegup kencang menantikan perlawanan, penentuan diantara JOHAN & NAIB JOHAN. Serious, perlawanan akhir diantara team kami (SKPM) vs team SK Bukit Kuang sangat sengit. Pasukan mendahului dengan balingan gol berkali-kali membuatkan team kami makin berdebar. Pemain harapan, kekejangan di tengah court. Hati coach makin rungsing. Alhamdulillah, dengan semangat pemain, walau cedera, mereka kembali bangkit dan akhirnya, dengan jayanya berjaya memotong kedudukan pihak lawan. Sengit, sangat sengit. Hanya berbeza SATU MATA dalam beberapa saat untuk wisel penamat ditiupkan. Alhamdulillah, kemenangan berpihak pada team kami. Terpancar wajah kegembiraan & kepuasaan dari wajah pemain.

Ragam Sebelum perlawanan

Sungguh, dari awal perlawanan. Mata aku memang tertumpu pada team berbaju pink itu. Team yang berlawan dengan team kami diperingkat akhir. Sungguh, pergerakan yang cepat dan cekap. diselangi dengan balingan gol yang padu, teriakan coach yang sangat bersemangat ditambah dengan tagline yang disertai disetiap kali berjaya menjaringkan gol. 


Dipendekkan cerita, Sejurus perlawanan ditamatkan. Sesi penyampaian hadiah kepada juri-juri & pemenang-pemenang.

JUARA : L11 Kejohanan Bola Baling Piala Guru Besar SKKB 2018 

TAHNIAH kepada para pemenang, tak lupa juga kepada SEMUA PEMAIN. Tahniah.
Menang kalah adat permainan. Teruskan usaha, mantapkan skill, cuba dimasa akan datang, Insyallah.

Gambar Kenangan

Bila join aktiviti camni, teringat waktu zaman sekolah. Aku pun ada jugak join aktiviti sukan. Aku aktif Lompat Tinggi (walau skrg pendek.haha) & bola jaring waktu sekolah rendah. Tapi takde lah hebat mana. Hanya insan kerdil di balik pemain lain. Zaman sekolah menengah pulak, aku aktif dalam larian (zaman form 1 2 je, zaman lepas tu lebih minat & fokus dgn perkhemahan, kem & aktiviti PRS & Pengawas haha). Rindu jugak suasana tu.

Ayat cliche, perlawanan diantara sekolah, daerah ni sebenarnya bagus. Dapat mengeratkan lagi hubungan antara pemain, jurulatih & guru disamping dapat berkenalan dan mengeratkan hubungan dengan komuniti (sekolah lain) + dapat meningkatkan keyakinan pelajar dalam hubungan sosial. Bagus untuk masa depan. 

Kadang-kadang, pengalaman baru yang kita lalui mengembalikan kita pada kenangan dulu yang membuatkan hati rindu. isitilah serupa  tapi tak sama mungkin bersesuaian? Suasana yang serupa tapi tidak sama seperti waktu dulu.


Isnin,
8 Oktober 2018,
4.50 pm,
Terengganu,
Malaysia.

No comments:

Post a Comment