Monday, October 29, 2018

Congratulations, guys !

September 2014, tahun perkenalan kita.
Saat itu, kita sama-sama baru melangkah ke dunia baru,
Mengenal apa itu erti berdikari, erti satu perpisahan sementara, erti jauh di perantauan keluarga.

September 2014, 
bermula cerita suka duka perit manis kita bersama,
Aku masih ingat waktu kita mula-mula berkenal.
4D08,
Hanya kita tahu.

KONVOKESYEN UITM KE-89, DATC SHAH ALAM

Tahniah ! tahniah ! tahniah !
Tahniah buat kawan-kawan satu batch-ku di Puncak Perdana for your special day !
especially my beloved housemates, Zatul, syada & bie.

Ya, untuk merekalah post kali ini. Mereka yang sama-sama aku, dalam 2 tahun setengah belajar di Puncak Perdana. Terutama housemates aku yang sangat sangat sangat sangat membantu aku dalam menempuhi kehidupan degree aku. 

TIPU, TIPU, TIPU. Tipu tak sedih tak dapat konvo bersama. Padahal dari menjak kenal, kami impikan konvo bersama, di DATC SHAH ALAM. (DATC tu lambang UiTM tauuu!) Tempat mula pertemuan kami. tapi malangnya, sem 6, sem akhir kos aku diarahkan berpindah ke kampus baru, jauhhhhhhh dari tempat asal. jauh dari mereka & ya, akhirnya telah ditakdirkan, kami konvo di tahun yang sama, cuma berbeza 3 minggu. SEDIH KAN

Tapi takpe lah, yang penting,  kita sama-sama berjaya & dapat konvo for our IJAZAH SARJANA MUDA. Doakan aku & classmates kos aku (IM244ST1 Sept 2014) bakal bergraduasi/ konvo next 2 weeks, (12/11/2018-isnin) sesi 2, 1.30 petang. So, marilah wehhh tgk akuu konvoo wehh ! hahahahahahhahaha. (gedik, mcm ade yg dtg kan. hahah.) takpelah, hari konvo hari bersama KELUARGA. :)

ada plan nak pi tgk diaorang konvo, tapi ada halangan dari segi byk segi. So, mampu tgk live ig je + tgk gmbr gmbr.

Ni sedikit gambar-gambar kemeriahan hari diaorang. (sikit je gambar, ni pun sbb aku cedukkkk dari fb-fb diaorang.)

🎓Convocation Day : 21 October 2018🎓

📸 By @syaffinnuha @muhammad.fattah.mohd.dom FS Simply Photo


------------------------------------------------------------------------------------

My beloved housemates, Zatul & Syada

My beloved housemate, bie & her husband & son 
(husband dia satu kelas ngan bie + also my batchmates + potograperr gmbr2 ni semua, boleh pm dia kalau nak suh dia shoot hehe)
                                 ------------------------------------------------------------------------------------


Ni pulak, gambar cenderahati untuk konvo my beloved housemates.
Kalau berkenan, boleh usha dia punye ig or fb
*bukan promoter, bukan dpt komisen pun promote ni. saje saje je. Untung2 dgn buat camni, rezeki aku masuk dgn cara lain. Kerja contohnya. hehe*

TAHNIAH KORANG ! 

Selasa,
30/10/2018,
12.04 pm,
Terengganu.

Wednesday, October 17, 2018

Pameran Artifak Rasulullah S.A.W & Sahabat

Baru-baru ni, aku berkesempatan untuk mengunjungi satu pameran yang diadakan di Terengganu Trade Center or lebih dikenali as TTC for penduduk negeri Terengganu. Pameran Artifak Rasulullah S.A.W & Sahabat itu berlangsung lebih kurang SATU BULAN iaitu dari 23 September 2018 sehingga 22 Oktober 2018, iaitu 5 hari lagi berbaki. Sedikit info tentang pameran tersebut :-

PAMERAN ARTIFAK RASULULLAH S.A.W & SAHABAT
Tempat : Terengganu Trade Center (TTC) , kuala
Bayaran : RM 5 (kanak-kanak) & RM 10 (dewasa)
Waktu : 10.00 pagi - 10.00 malam

Sewaktu aku pergi lepas solat jumaat. Dalam pukul 3.30 petang. Waktu aku keluar, Ya Allah panjang gila orang beratur nak beli tiket. Alhamdulillah.

Sewaktu aku memasuki entrance. Petugas memberitahu setiap pengunjung untuk banyakkan berselawat. Aku berjalan dari satu artifak ke artifak yang lain. Tangan sempat merakam beberapa keping gambar. Perasaan? sungguh. Bercampur. Sebak ada, kagum ada, sedih ada, sungguh. Perasaan bercampur baur.

Sebak, perasaan tu hadir tanpa aku jemput. Lihat je pameran-pameran tersebut, hatiku tiba tiba je terasa sebak. Kagum, cuba bayangkan artifak-artifak tersebut wujud semenjak zaman Nabi lagi. Hingga sekarang. YA SEKARANG.  Sedih? sebab hati aku memuji Nabi Muhammad & Sahabat, rasa takjub, rasa sebak tapi dalam masa sama aku fikir, amalan ku sebiji butir sawi pun tak cukup & rasa malu bila menghadap artifak2 milik baginda. Sungguh, bukan aku cuba nak kelihatan rendah diri. tapi tu perasaan aku ketika aku datang ke situ. Aku bayangkan, tak sampai depan Ka'abah lagi, perasaan sebak dah datang. AKu terfikir, "agak agak inilah perasaan bila org cakap akan sebak bila berhadapan dengan Kaa'aabah"

Kelihatan ada makcik-pakcik yang berjuraian air mata.
Ada kanak-kanak yang sibuk bertanya soalan kepada ibubapa masing masing.
"ape tu bu?" "abahhh, besarnya kaki nabi" & macam macam lagi soalan yang kedengaran.

Pengunjung mula memenuhi. Itu pun buat aku rasa syukur, sesungguhnya, di akhir zaman, di waktu tika ini masih ramai yang masih berminat & tertarik untuk mengunjungi pameran macamni. Hati aku lega. Alhamdulillah, moga Allah terus memberi sinar keislaman & kesedaran kita rakyat Malaysia tentang agama kita, ISLAM walaupun di zaman sekarang banyak dugaan hiburan yang melebihi.

Aku taknak berceloteh panjang, sekadar berkongsi pengalaman dan rasa. Di kesempatan ni, kepada rakyat Terengganu (yang masih belum pergi) & kepada penduduk luar Terengganu , jangan lepaskan peluang ni.(aku bukanlah promoter, aku bukanlah staff yang mengendalikan pameran ini, tapi aku hanyalah insan biasa yang ingin berkongsi rasa yang sama dengan mengunjungi pameran ini)

Meh aku share sikit ape je ade kat dalam pameran tu. Awak semua boleh tengok,

Artifak : Capal, Foot Print & Rambut Baginda Rasulullah S.A.W

'Makam', Serban, Tanah Makam & Tongkat Baginda Rasulullah S.A.W

Selain artifak-artifak Rasulullah S.A.W, artifak berkenaan Sahabat2 baginda, Isteri-isteri baginda pun ada.

Manuskrip asal Al-Quran, Bekas Kemenyan, Baju Perang Sahabat baginda, Bekas

Pedang-pedang Baginda Rasulullah S.A.W , sahabat baginda sewaktu perang.

Menakjubkan ? gambar tidak dapat menggambarkan mata kasar kita melihat. Lagi kita dapat merasai sesuatu artifak & peninggalan itu apabila kita dapat melihat sendiri, menilik, memerhati & menkagumi sejarah. Wallahualam.

Rabu,
17 Oktober 2018,
4.18 p.m,
Terengganu,
Malaysia.