Friday, January 3, 2020

Bridesmaid

Sekarang macam trend kan di majlis kahwin, mesti ada bridesmaid. Bridesmaid ni boleh terdiri daripada ahli keluarga pengantin, ataupun rakan rapat si pengantin. Senang je nak tengok bridesmaid ni. Biasanya tengok pada pakaian. yang mana pakaian warna sama, baju sama tudung sama, haa tu lah kita gelar bridesmaid.

Bridesmaid ni tujuan asal dia adalah untuk membantu pengantin. Samada SEBELUM majlis, KETIKA majlis (selepas majlis jugak mungkin?) Tapi zaman dah berubah sekarang ni, satu lagi role yang perlu #teambridesmaid ni adalah mencantikkan gambar dengan pozing pozing ala ala comel kasi boom lagi gambar kahwin. Ya, tak salah. Aku pun suka tengok. hehe

TAPI, aku tengok ada yang jadi bridesmaid ni tak de common sense. Aku tak tahu nak cakap camne, tapi mujurlah last year, i found ada sorang ni dia tweet mewakili apa yang aku cuba maksudkan. (thanks!) :-

(kalau nak tgk apa yg dia tulis, just click here -twitter)

dan aku pun pernah meluahkan rasa :-



Ok, tu cerita awal tahun lepas. Cerita akhir tahun ni, aku dijemput lah oleh dua orang my kawan rapaat lah (satu kawan rapat kat U (housemate), satu lagi kawan rapat dari zaman sekolah dulu) untuk datang diaorang punye wedding merangkap jadi bridesmaid.

At the begining, aku pun tolak. Nak datang sesaja oklah, but kena jadi bridemaids, pakai baju sama, iring pengantin dan seumpama ni, aku tak suka mana. (yelah biasa yg jd braidsmaid ni yg cuncun lawaaa je semua, kita sedoooo kita ni kurenggg haha) Tapi, at the end, aku setuju jugak memandangkan kawan berdua aku ni yg sorang tu dia je the only girl dalam family dia,3 beradik je. So macam kesian jugak takde kakitangan kan. Yang sorang lagi pulak, anak tunggal. Memang majlis pun akad nikah je. So mcm aku consider lah kan. ehehe ;)

This entry just nak tunjukkan kpd korang perception aku berubah weh & aku belajar berkaitan pepatah (ehh?) don't judge easily. Yelah, before jadi bridesmaid aku judge negative. But after lalui, it changed ! haha. My bad. Sorry.

| 6,7,8 Disember 2019 | 3hari, 2malam | Machang, Kelantan.|


(takyah tunggu gambar ok, mmg saje blurkan ;) -acah mcm Teme Abdullah sikit haha  )

First time ke KELANTAN for wedding beloved housemate. Gila tak pergi? sahabat dunya akhirat kott. banyaaaak berjasa dia pada aku. Tanpa dia, hidup diuniversitiku suram dan kelam. Dua dari Terengganu, 2 Dari Johor @ Klang. 

First day, Jumaat. Kami sampai je terus berpusing-pusing di pekan Machang. Shopping sikit untuk kelengkapan kenduri like :- towel, sabun, plastic etc for kenduri, maggi cup (for us hahaha) after kami sampai je kat rumah, meriah, sebab kenduri masak sendiri. So penuh orang berewang. Sampai je terus kami dijamu makan & start lah buat kerja. First of all, kami siapkan goodies bag! banyakk ! tapi aku suka buat bendalah ni. Buat sambil borak-borak gelak2 yelah 3 tahun kott tak bertemu rupa! hhehe.

Fikir & uruskan bunga manggar & arrow kat mana,macamana nak pancakkan (hah, bangga jap sbb aku ade pengalaman time abg2 kahwin plus minus idea rakan2 hehe) Kami jugak hias bilik pengantin, malam tu pulak berinai, kemas-kemas, tolong tgk2 kat pasang pelamin, photoshoot@snap gmbar, pastu siap fikir flow esok macamana....pagi-pagi buta pulak start tolong buat acar (potong timun, carrot) hah kauu rasa  gadis melayu terakhir sgt, terasa jd calon menantu yg mithali dah! best wehhh. rasaa sgt merewang tu. Malam tidur dekat 2 pagi. Dah laa sejukk gilaa cuaca kat kelantan time tu, musim tengkujuh. Aku tak dpt tidur kottt. terjaga tergigil-gigil hahaa. Sepanjang majlis pulak, sibuk kami bagi goodies, angkut hadiah, tolong tetamu snap gambar (memandangkan aku yg jd potograper majlis haha). Kami pun sempat ambil gambar kami-kami sikit je. tu pun before pengantin laki sampai, and after tetamu dah berkurang baru nyempat mencelah haha.

Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Lepas balik, kami gerak duk homestay. Yelah tak ganggu dah pengantin. First night tu je tidur skali ngan bakal pengantin perempuan (hikhik)

After all, aku bersyukur dapat pengalaman camni. Tolong sahabat baik & family uruskan majlis. Parents dia pun bergantung harap pada kami. A big thanks to Fazlin & family (ibu abah ngoh,along+mak pak sedara spupu spapat) sbb layanan superb! makanan tak putus! konyangg denn seminggu ! haha

Berbaloi aku rasa jadi bridesmaid kat sini. Betul-betul buat kerja. Serious, aku suka. (aku kan mmg dari duluuu suka buat kerja belakang tabir. haha ) lagi satu, dapat merasa suasana orang Kelantan berkenduri. 

Dpt tahu :- majlis kesyukuran : ramai yang bagi hadiah gula, minyak, biskut (aku like,wow ! tak pernah tgkkk :D) pastu first time dapat merasa suasana yg totally merewang (aku panggil potong bawang je, terikut orang johor lah ni sebut merewang haha)

Thanks again Fazlin & family !
Ummu, Zatul & Syada


| 26,27,28 Disember 2019 | 2 malam, 2hari | Damansara-Sentul |

(takyah tunggu gambar ok, mmg saje blurkan ;) -acah mcm Teme Abdullah sikit haha  )

For my second experience being one of the bridesmaids adalah untuk my kawan rapat since high school, anifa. A big salute to you anifa, memang untuk majlis ni dia and husband dia yg handle. Saya tahu awak mmg kuat. if your mom ada, she must proud of u ! al-fatihah umi.

From Terengganu, aku and dua lagi sahabat lelaki geng kami naik bas ke Kuantan. From there, kami pick up sorang lagi girl friend kami and start naik kereta straight to Damansara untuk meet up nifa & umi . (first time weh lepak kat terminal kuantan pukul 2pagi ! haha) Dipendekkan cerita, little bit kalut untuk malam tu sebab goodies tak settle lagi, hantaran tak settle lagi, tambah tolak ada duatiga perkara lagi tak settle.

So sepanjang haritu jugak, ada plan berubah. Kami terpaksa cari MUA (makeup pengantin) on the spot,mlm tu jugak kami berkampung dalam bilik hotel kami (berinai), handle baju-baju pengantin, pastu mkn pun tak tentu hala dah. Pkul 12.30 tgh malam baru bergerak ke rumah aunty anifa untuk hantar anifa-jalan duta (sbb dh terlampau lewat, pengantin takleh tidur lewat2) after send anifa, kami ke rumah anifa which is kat Damansara Damai. Kat situ, kami bertiga siapkan goodies (yg boys temankan abah nifa baru sampai pergi makan) dekat pukul 3 pagi baru settle. Pastu boleh pulak, time on the way back to hotel (kami bertiga je) sempat sesaaaaat duatigakali pusing tempat sama. haha (nak nangis cuak dah time tu! haha). Sampai hotel, siapkan barang2 untuk majlis esok lagi. dah barai gilaa dah time ni. iron baju2 tudung semua, dekat 4.30pagi tidur. Pukul 6pagi dah bangun.

Bangun terus siap2 ke rumah saudara nifa untuk ambil dulang2 hantaran (fuh,sibbaikk yg ni ada org tolong settlekan) untuk dibawa ke masjid sentul. Then sepanjang majlis, kami lah yg bawa dulang, iring pengantin. Time akad pulak, one of dari kami teman nifa kat atas *sepatutnye her mom* al-fatihah. sebak. tak tipu.

sempat ber-mini reunion dgn schoolmates dulu sbb ramai schoolmates kami duk area situ. After majlis, kami tolong2 kemas sikit then terus gerak balik ganu memandangkan esok (ahad) semua nak kena kerja. Alhamdulillah, 12am kami sampai rumah masing-masing.

So, after all jugak, aku suka jugak jadi bridesmaids kali ni. Totally tired and exhausted tapi puas hati sbb dapat tolong sahabat kami & jugak dapat pengalaman handle majlis kahwin without orang tua. (biasanya mesti ade orang-orang tua, ni alhamdulillah terasa diri dah membesar. haha)

Tapi part kali ni, banyak jugak kami snap gambar memandangkan geng kami yg sekali dari Terengganu jadi potograper, so dilayankan saja kami. Tu pun, tunggu turn ngelast-ngelast skali untuk snap gambar dengan pengantin.

Overall, a big thanks to all my friends yg dah berjaya tukarkan aku punya mindset, and dpt jadikan kita bridesmaids yg ada common sense. (yg tak hanya menggedik bergambar, tetapi buat kerja all out! yeah ! laviuu)

Thanks Anifa & Husband!
Ummi, Qilah, Fariz & Rafiq.

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA
FAZLIN & SUAMI
ANIFA & SUAMI

So untuk korang, 

KALAU NAK JADI BRIDESMAIDS, MAKE SURE BUAT KERJA JUGAK TAU! JANGAN PANDAI MENGGEDIK DEPAN KAMERA JE + UTAMAKAN LAH FAMILY PENGANTIN DULU ;)


so next, majlis siapa pulak.....nantikan...


4 Januari 2020,
12.23am,
Terengganu.

No comments:

Post a Comment