Friday, June 28, 2019

Aku budak HR



Assalamualaikum and hye gais. Setelah beberapa bulan menyepikan diri, buzy dengan kehidupan sendiri. Cuba untuk menyesuaikan diri. Cuba untuk menguatkan diri & cuba untuk membina keyakinan diri. Alhamdulillah, entry pertama setelah beberapa bulan menyepi dan entry pertama setelah tiga bulan lebih bergelar budak HR.

BUDAK HR? kenapa? apa? siapa. Persoalan. Persoalan yang mungkin terfikir. Ya, kini aku bergelar seorang "BUDAK HR". Aku yang gelarkan sendiri. Alhamdulillah, kini aku dah bekerja. Walaupun di syarikat kecilan, swasta tapi rezeki aku. Alhamdulillah. Kerja yang aku minat. Kerani under HR (Human Resources), dekat dengan rumah. dekat dengan parents, family. Alhamdulillah (walaupun kerja cuti sehari je seminggu. nangis.)

Dulu masa aku tengah cari kerja, mcm mcm aku ade baca comment-comment orang-orang HR pasal candidates yg hantar resume, cara tulis resume, cara hantar email, apply kerja and time tu aku mcm "whaat, ade ke orang mcm ni?" "lawak nye, takkan ade kot org buat mcm tu...tak masuk akal." tu persepsi aku.

Kini, aku bergelar budak HR. kerja HR. Mencabar jugak. One of my job scopes, check resume email, reply email, deal untuk sesi IV, handle time IV, panggil orang berjaya IV. senang cerita aku handle org masuk kerja kat tempat aku lah. 


Ha, kini baru aku PERCAYA dengan apa yang aku baca haritu. betul weh. mcm-mcm ragam manusia yang apply kerja ni. Ade rase nak tergelak, ade mcm "ehhhhhhh..." Tu motif entry kali ni. Turn aku nak share & comments sikit pasal apply kerja ni (walau kau apply kat syarikat kecilan, bukan kerajaan) tapi still for me, you need properly write or apply the job. Barulah budak HR nampak kau bersungguh, ilmu ada, boleh UP kan sikit level kau. 

1) PENULISAN RESUME


First thing first, penulisan DALAM resume tu sendiri. Aku taknak comment ape point yang PERLU kau masukkan dalam resume, ape yang TAK PERLU. But, meh nak share, haritu ade resume masuk. Nak apply kerja. Then aku buka lah file resume yg dia hantar. YA ALLAH. Dalam tu tau dak dia tulis apa? NAMA DIA, ALAMAT DIA, NO PHONE DIA. ITU SAHAJA. SAYA ULANG. ITU SAHAJA. Aku dalam hati "ade lagi ke org tak tahu apa maksud resume @ tujuan resume? hmm"

Resume tu ye anak-anak benda yang pasal cerita, background kita, study life kita, achievement kite sepanjang belajar, kerja kita. tu maksud simple resume ye anak-anak. Kau leh google je kalau nak tau lebih mendalam ape itu RESUME. jangan malas-malas ye anak anak.

2) EMAIL


Point kedua about EMAIL tu. dari segi kau cipta email kau tu. Ya Allah, bezakanlah email kau register FACEBOOK dengan email kau cari kerja weh. Ni ade aku terima email dia jejaka_kacak@ bla bla bla lah. aku_syantik @ blabla bla laa (contoh) alahaii adik. Janganlah camtu dik. akak-akak abang-abang HR tau awak cantik comel hensem, tapi takyah lah cipta email untuk apply kerja dikk. buatlah proper sikit.  namakau@blablabla ke haa, kan nampak UP sikit.

Dari segi content email tu. Ya ALLAH, Macam-macam ragam awak ehh yang saya jumpa. Ada tu, tup-tup ade file resume je. takde mukaddimah ape. At least tulis lah sikit ayat nak bagitahu yang hang nak apply kerja jawatan ape, jumpa iklan kat mana, nama hang apa (walaupun dah ade kat dalam resume. but still, tulis lah sikit kan.....nampakk beradab sikitt) tu dah tolak jenis yang tak tulis TAJUK EMAIL tu (ni bagi aku oklah kan, mungkin TERsend tanpa sedar tajuk tak tulis. dimaafkan jugaklah. But lain kali, sebelum tekan SEND, baca duatigaempat kali dulu.)

Oh, lagi better kau hantar resume tu kau convert siap siap dalam file PDF. ade yg aku terima file Word lah, excell lah. awakkkkkkk ohh awaak.

3) REPLY EMAIL


Ok, next is REPLY EMAIL.Awak, kalau dah syarikat tu reply email kau mohon kerja whether panggil IV ke, bagitahu kau tak berjaya tapisan ke tak berjaya IV ke ape ke, REPLY LAH WEHH ! berjaya or tak said THANK YOU. Terima kasih sebab bagi peluang kau hadirkan diri IV ke, bagi peluang kerja kat situ ke ape ke. Pendek pun takpe, asal REPLY weh. Nampak tak?

Pastu dari segi INFORM kehadiran kau. Ade satu steps kat company aku ni kalau panggil IV, ade soalan "SILA BALAS MESEJ/EMAIL NI KALAU DAPAT HADIR @ TAK DAPAT HADIR" Kau tau tak, ramai yang BLUETICK je, ade pulak REPLY nak datang, bile tiba masa KRIK KRIK KRIK, bila whatsapp bluetick. AWAK, kalau awak cakap BOLEH HADIR, and tiba2 hari kejadian TAK DAPAT HADIR, INFORM LAH WEH. takdelaah kami tertunggu tunggu. Tu ikut whatsapp tu. Kalau kot email takpelah tak reply pun. (aku hantar email & whatsapp personal tiap2 orang) BANYAK WEHH BANYAKKKK buat macam tu. kang cakap biadab kang, tak baik doe buat tertunggu tunggu camtu. AWAK, KAMI BANYAK LAGI KERJA LAIN NAK BUAT AWAK...

5)IV


Last but not least, time hari IV. PLEASE PLEASE PLEASE PLEASE BRING YOUR PERALATAN. PEN kena bawak weh. Time IV, biarlah tak guna pun. BAWAK lah. Mungkin kau akan isi borang time datang. Ramaiii takk bawak weh ! lagi satu, punctual. dah janji 10 pagi, ada pukul 11 pagi baru sampai awakk. tahulah MELAYU. aduhh. Ade lagi kelakar, datang IV, pastu dia tanya aku "saya tak bawak resume, siijl, takpe ke? saya lupa" ahahhahaha. tak tahu nak gelak ke ape. 

Pastu ada jugak datang iv, ade ruang kosong kat borang company aku, dia tulis "jawatan : ___________" pastu ADA yang tanya aku "JAWATAN KOSONG APE EH? SAYA LUPA LAH SAYA APPLY JAWATAN APA KAT SINI" awakkkkkkk, please lah. dah tau nak datang IV, be prepare lah. Company apa, dia buat apa, jawatan apa, skop kerja jawatan awk ape. Study lah sikit awak, tak sampai satu jam pun kalau awk studyy pasal company awk nk dtg IV tu awakkk.


Ok, maaf terpanjang sikit. Sedikit luahan bagi aku orang baru dalam bidang HR. awak, saya company kecil je, takpelah jugak awak-awak buat semua tu. But please, kalau dapat abg kakak HR strict, dia tak panggil pun awk datang IV kat situ awak..

Kalau yang mohon tu tak belajar tinggi tu takpelah jugak buat macam tu. Ni dah ade DEGREE, MASTER pun ramaii je buat ape yang aku cakap kat atas tu. alahai.

Luahan Budak Hingusan HR,

28 Jun 2019,
4.33 pm,
Rumah,
Terengganu.